
Gamelan: Paluan membina jati diri
Bunyi paluan gong yang bergema, disusuli alunan gendang, saron pekin dan saron baron saling melengkapi. Ia bukan sekadar mencipta irama memukau, malah menjadi lambang kehalusan seni warisan yang terus dipelihara di sekolah.
Gamelan ialah ensembel muzik tradisional yang berasal dari Nusantara dan terkenal dengan gabungan instrumen berasaskan logam serta perkusi seperti gong, bonang, saron, kenong, gambang dan gendang.
Setiap alat ini memainkan fungsi tersendiri, namun hanya mampu menghasilkan persembahan yang harmoni apabila dimainkan secara berpasukan.
Di sekolah, pasukan gamelan biasanya dianggotai murid yang meminati seni muzik dan kebudayaan, dengan bimbingan guru yang komited menggilap bakat mereka.
Sinar Bestari minggu ini bersama dua pasukan gamelan yang berjaya ke peringkat kebangsaan dengan bakat pelajar yang diasah di sekolah.
1,2,3 gong dipalu!
