
11 anak muda Kolej Matrikulasi Johor bakal sambung pengajian ke Australia & New Zealand - 'Bukan semua pelajar dapat peluang ini...'
Tidak semua pelajar berpeluang menyambung pengajian ke luar negara.
Apatah lagi apabila destinasi yang ditawarkan merupakan antara negara yang terkenal dengan sistem pendidikan bertaraf dunia seperti Australia dan New Zealand.
Bagi 11 pelajar cemerlang Program Matrikulasi Sesi 2025/2026 dari Kolej Matrikulasi Johor, peluang itu hadir sebagai hadiah atas usaha, disiplin dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang menuntut ilmu.

Lebih membanggakan, mereka yang terpilih menerima Tawaran Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) bagi melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang kritikal yang menjadi keperluan negara pada masa hadapan.
Antara bidang pengajian yang bakal diceburi ialah Sains Komputer, Perakaunan, Fizik, Matematik, Biologi dan Kimia.
Kesemuanya adalah bidang yang bakal melahirkan generasi profesional serta penyelidik masa depan.

Di sini, Sinar Bestari senaraikan nama pelajar yang menerima tawaran tersebut:
Sains Komputer
- Amree Asyraf Zahirul
- Nursyazwani Syahidah Syahrul Azreen
- Muhammad Altamis Zafran Mohd Affendy
Perakaunan
- Muizzuddin Sarifin
- Nur Aisyah Muhamad Azman
Fizik
- Nurul Huda Aliah Hirman
- Nur Dania Erisya Mohd Amiruddin

Matematik
- Nur Izyan Badrina Mohd Taufiq
Biologi
- Nur Imanina Aqilah Ahmad Faizal
Kimia
- Duratul Ain Azmarrullah
- Nur Arisya Aqila Mohd Nazli
