
Sekolah inspirasi kokurikulum!
Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan diukur melalui pencapaian akademik, tetapi turut terserlah menerusi keupayaan melahirkan murid aktif, berdaya saing dan berkarakter melalui kokurikulum.
Atas komitmen itu, Anugerah Inspirasi Kokurikulum 2025 dianjurkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai medan menghargai sekolah, guru dan murid yang cemerlang dalam membudayakan kokurikulum.
Majlis penyampaian anugerah yang berlangsung baru-baru ini, menyaksikan pengiktirafan kepada penerima dalam pelbagai kategori.
Antaranya Anugerah Murid Inspirasi Kokurikulum, Anugerah Inspirasi Kokurikulum Pendidikan Khas, Anugerah Pasukan Inspirasi Kokurikulum, Anugerah Emas Kebangsaan dan banyak lagi.
Minggu ini, Sinar Bestari menampilkan kisah kejayaan dua buah sekolah dinobatkan sebagai Sekolah Inspirasi Kokurikulum 2025 yang membuktikan bidang ini bukan sekadar aktiviti sampingan.
Sebaliknya, ia membentuk kepimpinan, disiplin, bakat dan jati diri murid hingga mencipta kecemerlangan membanggakan.
