No Image Caption

Human Graphic: Mereka gerak, Malaysia terpesona!

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
01 Sep 2026 12:00am

Bagaimana agaknya jika ribuan pelajar bertukar menjadi ‘piksel’ yang hidup, bergerak serentak untuk menghasilkan satu gambaran besar sempena Hari Kebangsaan? 

Itulah yang mencuri perhatian rakyat Malaysia menerusi Human Graphic 2026, membabitkan ribuan pelajar daripada 36 sekolah menengah sekitar Selangor. 

Setiap pelajar memainkan peranan penting untuk menyusun dan menggerakkan diri dalam formasi tertentu sehingga membentuk corak, simbol, tulisan atau imej yang dapat dilihat dengan jelas dari sudut pandangan tinggi mahupun jauh. 

Fenomena Human Graphic sebelum ini pernah mencuri tumpuan apabila persembahan mereka tular di seluruh negara sekali gus membuktikan bagaimana gabungan manusia, kreativiti dan semangat patriotik mampu menghasilkan sebuah persembahan yang luar biasa. 

Persoalannya, mampukah Human Graphic 2026 mengulangi fenomena sama atau tampil dengan sesuatu yang lebih besar, lebih kreatif dan lebih ‘wow’? 

Sinar Bestari hari ini menceritakan penat lelah mereka selama berbulan-bulan menjalani latihan untuk memastikan rakyat Malaysia berbangga. 

Inilah tumpahnya darah!

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp