
Karya kreatif murid warnai pentas festival!
Kamera di tangan, kreativiti menjadi taruhan!
Festival TV PSS Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2026 menghimpunkan bakat muda dari pelbagai sekolah seluruh negara untuk berkarya, berkongsi cerita dan mempamerkan hasil kreatif masing-masing.
Dianjurkan Sinar Bestari dengan kerjasama Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), program berprestij ini melibatkan penyertaan sekolah rendah dan menengah dari setiap negeri.
Memasuki tahun ketiga penganjuran, Festival TV PSS ini terus menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam pengacaraan, kewartawanan, videografi, penulisan skrip dan penghasilan kandungan digital.
Setiap karya mencerminkan idea segar, usaha gigih dan keunikan cerita murid.
Lebih daripada sekadar pertandingan, festival ini meraikan keberanian mereka berkarya serta berkongsi suara melalui lensa sendiri.
Jom kita raikan pemenang!
