Yang Mulia Tengku Datuk Dr Hishamuddin Zaizi Yang Amat Mulia Bendahara Azman Shah Alhaj (tiga dari kiri) bersama Izwan (dua dari kiri) menyampaikan kunci motosikal dan cek cura kepada Muhamad Faris (tiga dari kanan) sebagai pemenang Anugerah Guru TV PSS Terbaik 2026.
Yang Mulia Tengku Datuk Dr Hishamuddin Zaizi Yang Amat Mulia Bendahara Azman Shah Alhaj (tiga dari kiri) bersama Izwan (dua dari kiri) menyampaikan kunci motosikal dan cek cura kepada Muhamad Faris (tiga dari kanan) sebagai pemenang Anugerah Guru TV PSS Terbaik 2026.

Motosikal EV rezeki cikgu hebat!

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
28 Sep 2026 03:09pm

Bukan sekadar motosikal, ia tanda penghargaan buat guru yang tidak pernah berhenti membina bakat generasi muda.

Itulah nilai di sebalik sebuah motosikal elektrik (EV) yang menjadi hadiah istimewa buat pemenang Anugerah Guru TV PSS Terbaik 2026 sekali gus mencipta kenangan manis selepas bertahun-tahun mencurahkan tenaga dalam dunia pendidikan dan media sekolah.

Lebih menarik, hadiah itu bukan sekadar kenderaan untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain, sebaliknya menjadi simbol sokongan terhadap guru yang memainkan peranan penting menggilap bakat murid dalam bidang penyiaran, pengurusan media dan penghasilan kandungan kreatif.

Menurut Pengurus Pembangunan Perniagaan Kumpulan GGR Motor Sdn Bhd, Izwan Rozlin, TV PSS itu sendiri membuka ruang kepada pelajar untuk mengenali dunia media secara lebih dekat dan membina keyakinan serta keterampilan mereka sejak di bangku sekolah.

Izwan (tiga dari kanan) bersama karyawan Sinar Karangkraf sebelum Festival TV PSS Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2026 membuka tirai di Hotel Premiere Klang pada Khamis lalu.
Izwan (tiga dari kanan) bersama karyawan Sinar Karangkraf sebelum Festival TV PSS Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2026 membuka tirai di Hotel Premiere Klang pada Khamis lalu.

“Apabila GGR Motor diberi peluang untuk menaja Festival TV PSS Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2026, ini sebenarnya ia satu perkara yang besar kerana kami dapat menyokong hasrat melahirkan pelajar berketerampilan tinggi,” katanya kepada Sinar Bestari.

Pada masa sama, penajaan motosikal EV itu membawa mesej lebih luas apabila teknologi mobiliti elektrik diperkenalkan kepada generasi muda.

Izwan berkata lagi, EV masih merupakan teknologi yang baharu dalam konteks masyarakat Malaysia, justeru peluang memperkenalkan kenderaan elektrik itu menerusi pentas festival tersebut, mampu meningkatkan kesedaran tentang teknologi lebih mesra alam.

Artikel Berkaitan:

“Antara kelebihan yang diketengahkan termasuk pengurangan pencemaran bunyi, selain membuka ruang mendidik masyarakat mengenai penjagaan alam sekitar sejak murid di bangku sekolah.

“Motosikal EV ini bukan sekadar hadiah buat seorang guru yang dinobatkan sebagai terbaik antara terbaik, tetapi menjadi jambatan yang menghubungkan pendidikan, teknologi, mobiliti dan kelestarian alam dalam satu kisah kemenangan,” ujarnya sambil tersenyum. 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp