
UASA, PAT/PASA & PAJSK: KPM umum tarikh baharu pengisian markah
Kementerian Pendidikan (KPM) melanjutkan tarikh pengisian markah bagi beberapa pentaksiran dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (MOEIS) susulan gangguan sesi persekolahan dan pelaksanaan pentaksiran akibat jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini.
Pelanjutan itu membabitkan tiga pentaksiran utama iaitu Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), Peperiksaan Akhir Sesi Akademik (PAT/PASA) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Menerusi pengumuman tersebut, tarikh akhir pengisian markah UASA dan PAT/PASA dilanjutkan daripada 21 November kepada 28 November 2026.
Manakala tempoh pengisian markah PAJSK turut dilanjutkan daripada 30 November kepada 5 Disember 2026.
KPM berharap pelanjutan tempoh berkenaan dapat membantu melancarkan urusan pengisian markah dalam sistem MOEIS, selain memberikan keselesaan kepada murid, guru, ibu bapa dan penjaga.
