Kemeriahan dan keseronokan murid meraikan Hari Malaysia di SK Raja Muda. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Kemeriahan dan keseronokan murid meraikan Hari Malaysia di SK Raja Muda. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Internet selamat, tanggungjawab bersama

Kongsi sebelum semak, awas satu klik boleh mengundang padah

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
19 Oct 2026 11:59am

Kempen Internet Selamat merupakan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penggunaan internet secara bijak, selamat, beretika dan bertanggungjawab.

Daripada penggunaan media sosial, menonton video, bermain permainan dalam talian hinggalah mencari maklumat untuk pembelajaran, internet kini menjadi sebahagian daripada rutin murid.

Bagaimanapun, di sebalik kemudahan di hujung jari ini, terdapat juga pelbagai risiko yang perlu dikenali oleh setiap individu terutama murid sekolah rendah mahupun menengah.

Kempen ini menjadi ruang untuk murid belajar bahawa menjadi pengguna internet bukan sekadar tahu menggunakan teknologi, tetapi perlu bijak membuat pertimbangan, menjaga keselamatan diri serta berfikir sebelum berkongsi sesuatu.

Inisiatif MCMC perkasa ekosistem digital negara

Kemudahan internet bukan sekadar membolehkan masyarakat melayari media sosial atau menonton video, malah menjadi pemangkin pendidikan, keusahawanan dan pembangunan negara.

Menyedari kepentingan ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerajui inisiatif utama bagi memperkukuh ekosistem digital negara, merangkumi perluasan capaian internet, pemerkasaan komuniti, keselamatan dalam talian dan penggunaan teknologi pintar.

Lima inisiatif itu adalah Jalinan Digital Negara (JENDELA), Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Kempen Internet Selamat, Bandar Pintar dan MCMC NEXUS. 

Artikel Berkaitan:

FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Pertama, JENDELA membantu meluaskan liputan serta meningkatkan kualiti internet, selain menyediakan asas bagi teknologi 5G.

Inisiatif ini penting supaya lebih ramai rakyat dapat menikmati sambungan internet berkualiti.

Bukan itu sahaja, NADI pula menyediakan akses internet dan peluang pembelajaran kepada komuniti.

Pusat ini turut membantu komuniti mengembangkan perniagaan, mendapatkan maklumat kesihatan serta mengetahui inisiatif kerajaan.

Kempen Internet Selamat mendidik masyarakat menggunakan Internet secara bijak dan bertanggungjawab.

Usaha ini turut menekankan perlindungan kanak-kanak serta keselamatan pengguna dalam talian.

Seterusnya, Bandar Pintar menggunakan teknologi, data dan infrastruktur digital untuk meningkatkan keselamatan, memudahkan urusan harian serta menjadikan perkhidmatan lebih cekap.

Inisiatif terakhir, MCMC NEXUS membolehkan pengguna menguji prestasi sambungan Internet, termasuk kelajuan muat turun dan kelajuan muat naik bagi rangkaian 4G, 5G serta Wi-Fi.

Kesimpulannya, kesemua inisiatif ini memainkan peranan penting dalam menghubungkan rakyat, memperkasa komuniti dan meningkatkan keselamatan digital.

FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Mula dengan murid

Kempen Internet Selamat turut diselitkan dalam program Riuh Sekolahku Merdeka yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Muda, Shah Alam.

Kempen anjuran Sinar Bestari dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu, bertujuan meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menggunakan internet dan media sosial secara bijak, selamat serta bertanggungjawab.

Menerusi pelbagai aktiviti menarik termasuk kuiz interaktif dan slot penerangan oleh MCMC, murid didedahkan tanggungjawab mereka ketika melayari dunia digital.

Inisiatif itu menjadi platform pendidikan membantu murid mengenal pasti risiko penggunaan internet dan mengelak diri daripada pengaruh negatif dalam talian.

Pengisian berkenaan melengkapi kemeriahan program Riuh Sekolahku Merdeka yang menyemarakkan semangat patriotisme serta membentuk murid yang berilmu dan bertanggungjawab.

FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

INFO

Apa itu Kempen Internet Selamat?

  • Kempen Internet Selamat ialah usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penggunaan Internet secara bijak, selamat, beretika dan bertanggungjawab.

Objektif

  • Mendidik pengguna supaya melindungi maklumat peribadi, mengenal pasti penipuan dalam talian, mengelakkan buli siber serta menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi, termasuk kandungan yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI).

Kelebihan

  • Meningkatkan kesedaran tentang keselamatan digital.
  • Membantu pengguna mengenal pasti risiko dan ancaman siber.
  • Memupuk sikap bertanggungjawab serta menghormati privasi orang lain.

Sasaran

  • Semua lapisan masyarakat, termasuk murid, ibu bapa, guru, golongan belia dan warga emas. 

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp