KPM dalam kenyataan memaklumkan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan telah diadakan berhubung peruntukan waktu pengajaran bahasa dalam KP 2027.
KPM dalam kenyataan memaklumkan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan telah diadakan berhubung peruntukan waktu pengajaran bahasa dalam KP 2027.

KPM kekalkan 12 waktu pengajaran Bahasa Melayu, Cina dan Tamil dalam KP 2027

09 Nov 2026 01:37pm

Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk mengekalkan 12 waktu pengajaran seminggu bagi Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan, Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dalam pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 (KP 2027).

Ketetapan itu bagi memastikan peruntukan waktu pengajaran bahasa berkenaan tidak dikurangkan.

KPM dalam kenyataan memaklumkan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan telah diadakan berhubung peruntukan waktu pengajaran bahasa dalam KP 2027.

"KPM merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbangkan pandangan.

"Penguasaan bahasa dan keperluan pembelajaran murid di semua aliran sekolah kekal menjadi keutamaan dalam pembaharuan kurikulum negara," menurut kenyataan itu. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp