250 murid dapat bantuan ‘Kembali ke Sekolah’ dari MR D.I.Y.
250 murid dapat bantuan ‘Kembali ke Sekolah’ dari MR D.I.Y.

250 murid dapat bantuan ‘Kembali ke Sekolah’ dari MR D.I.Y.

Roshlawaty Md Raieh
07 Oct 2022 12:25pm
A
A
A

Lebih 250 murid Tahun Satu hingga Enam dari tiga buah sekolah di Kuala Lumpur telah menerima barangan keperluan persekolahan sumbangan Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad (MR D.I.Y.) menerusi inisiatif ‘Kembali ke Sekolah’, baru-baru ini.

Barangan keperluan yang diberikan kepada para pelajar ini terdiri daripada pensil, pensil warna, stoking, kit ujian kendiri calitan hidung, pelitup muka kanak-kanak dan pensanitasi tangan.

Murid-murid yang terpilih itu adalah penerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) iaitu sebuah program Kementerian Pendidikan (KPM) yang membekalkan bantuan makanan tambahan kepada murid memerlukan.

Selain sumbangan barangan keperluan itu, MR D.I.Y. juga menyerahkan satu karton kasut sekolah kepada setiap sekolah untuk diagihkan kepada murid yang memerlukan.

Mengulas lanjut mengenai inisiatif tersebut, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, kembali ke sekolah merupakan waktu yang menggembirakan untuk semua murid, namun sebenarnya ia memberikan tekanan paling tinggi ke atas bajet keluarga.

Alex

Ujarnya, masalah ini bukan sahaja berlaku pada awal sesi persekolahan tetapi sepanjang tahun apabila kanak-kanak membesar ia menyebabkan keperluan persekolahan seperti pakaian seragam dan kasut sekolah tidak lagi muat selain kehabisan alat tulis.

“Menyedari keperluan untuk memberi sokongan kepada keluarga sepanjang tahun, MR D.I.Y. melancarkan inisiatif ‘Kembali ke Sekolah’ dengan harapan dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, dalam sebuah program berasingan, MR D.I.Y. meneruskan usaha mengedarkan kit-kit ujian Covid-19, dengan mengagihkan 2,000 unit kit ujian kendiri calitan hidung kepada Sekolah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang, Selangor.

Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada insiaitif ‘Sentiasa Berwaspada Tanggungjawab Bersama’ peruncit tersebut yang bertujuan memastikan murid-murid kekal selamat dan dapat meneruskan pembelajaran.

Inisiatif ‘Kembali ke Sekolah’ ini merupakan salah satu daripada beberapa program yang telah dilancarkan oleh MR D.I.Y. sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk membantu pelajar dan keluarga mereka mengekalkan tumpuan dalam pembelajaran.

Salah seorang murid yang menerima barangan keperluan persekolahan sumbangan MR D.I.Y.

Selain itu, tahun ini, program ‘Makanan Sihat oleh MR D.I.Y.’ telah dimulakan di mana susu, roti dan air mineral diagihkan ke sekolah-sekolah rendah di Selangor.

Program tersebut yang mendapat sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) telah dimanfaatkan oleh 737 pelajar dan dijangka akan meningkat kepada 5,000 pelajar di 25 buah sekolah rendah di negeri itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., layari www.mrdiy.com, platform e-dagang www.mrdiy.com.my, Facebook, dan Instagram.

Artikel berkaitan 

Pelajar UTAR terima kit kebersihan dari MR D.I.Y, bantu kekal selamat semasa peralihan fasa endemik

Bapa luah rasa kesal, anak terima sumbangan baju sekolah tidak berkualiti

Pertandingan Waste is Amazing: Merdeka Special Upcycling cungkil bakat reka cipta pelajar sekolah rendah dan menengah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok