30 pelajar di Tenom Sabah dapat tajaan komputer riba
30 pelajar di Tenom Sabah dapat tajaan komputer riba

30 pelajar di Tenom Sabah dapat tajaan komputer riba

webadmin
22 Feb 2021 04:08am
A
A
A

SHAH ALAM – Sebanyak 30 unit komputer riba telah diagihkan kepada Tenom Innovation Centre (TIC), di Tenom, Sabah, baru-baru ini.

Pemberian komputer riba yang mencecah nilaian RM39,000 di bawah inisiatif Program Pemerkasaan Pembelajaran Digital (DLEP) itu ditaja Rentwise Malaysia, sebuah syarikat yang memperolehi Akreditasi Perusahaan Sosial, dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Inisiatif ini membantu TIC dalam melaksanakan program “Loan A Device” yang mana memudahkan pelajar untuk menikmati proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) tanpa sebarang kos.

Ketua Pegawai Eksekutif Rentwise, Leanne Ooi berkata, inisiatif selari dengan misi dan visi MDEC yang ingin meningkatkan taraf ekonomi digital di Malaysia.

“Dengan pemberian komputer riba ini, saya yakin proses pembelajaran dari rumah boleh dilaksanakan dengan baik dan bersistematik,” katanya.  

Katanya lagi, penutupan sekolah akibat pandemik Covid-19 secara tidak langsung mendedahkan kepentingan teknologi digital dan kesannya terhadap sistem pendidikan negara.

Mengulas tentang peranan Rentwise dalam inisiatif ini, Leanne turut memaklumkan Rentwise Malaysia berada di dalam bidang pembuatan semula (remanufacturing) dan membaik pulih (refurbishing), yang mana tempoh hayat sesebuah komputer boleh dipanjangkan, seterusnya digunakan kembali oleh syarikat korporat dan sekolah.

“Sekiranya lebih banyak bekalan komputer terpakai yang diperolehi, lebih banyak bantuan boleh disalurkan kepada sekolah dan organisasi yang memerlukan.

“Oleh itu, Rentwise Malaysia amatlah berbesar hati dan mengalu-alukan kolaboratif dari syarikat korporat mahupun badan kerajaan yang ingin menyumbangkan komputer terpakai, sekali gus bekerjasama dengan Rentwise dalam merapatkan jurang digital yang ada,” jelasnya.  

Leanne turut berkata, sehingga kini, program DLEP telah menyalurkan hampir 765 komputer riba dan komputer dekstop kepada 40 buah sekolah dan Persatuan Bukan Kerajaan yang memanfaatkan sekurang-kurangnya 21,000 pelajar di seluruh negara.

Antara syarikat korporat yang menyambut baik usahasama ini adalah Kumpulan Sunway, Medical Awareness Camp Outreach (MACO) serta Spritzer Berhad.

Artikel menarik

Pelajar Sungai Pinang bertuah, YPM tanggung kos bahan cetak kerja sekolah

Tidak mahu pelajar tercicir pelajaran, Ahli Parlimen Kangar lancar kempen kumpul RM500,000

8 peranan yang ibu bapa dan guru perlu beri tumpuan ketika PdPR, ini perkongsian Kaunselor Berdaftar

 


 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok