
41,434 calon STPM 2024 bakal terima keputusan pada 24 Jun - MPM
Seramai 41,434 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 bakal mengetahui keputusan mereka pada 24 Jun ini (Selasa) seperti yang diumumkan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Menurut kenyataan media MPM, calon boleh menyemak keputusan masing-masing mulai jam 11 pagi pada hari berkenaan melalui dua kaedah seperti berikut:
1) Secara khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM
2) Secara dalam talian di pautan https://stpm.mpm.edu.my/stpmK untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM 2024 mulai jam 11:30 pagi pada 24 Jun juga.
MPM menzahirkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon atas usaha dan ketekunan mereka sepanjang pengajian dan peperiksaan.
Terdahulu, sebanyak 670 pusat peperiksaan telah dibuka di seluruh negara dengan melibatkan 22,852 petugas peperiksaan bagi memastikan kelancaran keseluruhan proses penilaian.