48 sekolah rendah sertai program jaga kesihatan usus bina imuniti kuat pada fasa endemik
48 sekolah rendah sertai program jaga kesihatan usus bina imuniti kuat pada fasa endemik

48 sekolah rendah sertai program jaga kesihatan usus, bina imuniti kuat pada fasa endemik

Rasyidah Zulkifi
12 Apr 2022 04:56pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - 48 buah sekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) terlibat dalam Misi Sihat Yakult bersempena dengan Hari Kesihatan Sedunia, baru-baru ini.

Program ini bertujuan menyuntik semangat murid sekolah supaya mereka menjaga kesemua aspek kesihatan ketika endemik Covid-19.

Baca juga

“Doakan saya diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus berkhidmat dengan cemerlang”

Program kesedaran kesihatan mental bantu pelajar tangani masalah depresi

Menurut Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sendirian Berhad, Hiroki Yanase, Yakult bertanggungjawab meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan penghadaman yang baik dan mikroflora usus yang seimbang bagi membina imuniti yang kuat.

“Salah satu langkahnya adalah dengan mengekalkan diet yang sihat serta pengambilan probiotik secara berterusan.

“Sejak beberapa tahun, kami telah pun bekerjasama baik dengan pihak sekolah untuk mewujudkan kesedaran ini.

“Sejak 2004, pakar pemakanan dan Pegawai Perhubungan Awam kami telah melawat tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negeri bagi mengadakan ceramah kesihatan tentang penghadaman yang sihat,” katanya pada program Misi Sihat Yakult, baru-baru ini.

Hiroke berkata Yakult telah menjalankan lebih dari 7,000 sesi ceramah kesihatan dan memberikan lebih dari 2.5 juta botol Yakult secara percuma di sekolah sepanjang tempoh tersebut.

“Dengan pelancaran program Misi Sihat Yakult pada hari ini, kami berharap dapat memainkan peranan yang lebih besar untuk menyumbang kepada kesihatan murid secara menyeluruh,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Yakult bercadang untuk mengedarkan 48 pelekat program yang mengandungi mesej tentang pemakanan sihat kepada semua sekolah rendah yang terpilih.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Difahamkan sepanjang program berlangsung, sesi ceramah kesihatan dan pelbagai aktiviti di sekolah-sekolah terpilih juga akan dilaksanakan.

Pada pelancaran program tersebut, hadir sama, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), Datuk Nor Zamani Abdol Hamid.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok