FHrAaVZVIAMFaFX
FHrAaVZVIAMFaFX

Banjir: 2 hingga 3 juta buku rosak

webadmin
29 Dec 2021 05:11pm
A
A
A

SHAH ALAM - Kira-kira dua hingga tiga juta buku rosak selepas ditenggelami air di gudang Big Bad Wolf dan kedai buku BookXcess @Wolf House di Seksyen 33, Taman Alam Indah akibat banjir teruk melanda Selangor pertengahan bulan ini.

Pengasas bersama BookXcess dan Big Bad Wolf Books Andrew Yap berkata jumlah kerugian masih dalam proses penilaian kerana ia akan mengambil sedikit masa untuk dipastikan.

"Namun, berdasarkan penilaian awal, jutaan buku sudah pasti rosak, musnah dan tidak dapat diselamatkan begitu juga beberapa peralatan gudang." katanya dalam kenyataan hari ini.

Yap berkata kerja-kerja pembersihan gudang Big Bad Wolf Books dan pembuangan buku buku yang rosak sedang dilaksanakan.

Selain kedai buku BookXcess di Wolf House, beliau berkata kesemua 14 kedai buku BookXcess di seluruh negara, BookXcess Online dan BookXcess dan Big Bad Wolf Books di platform Shopee masih beroperasi seperti biasa dan menerima tempahan.

"Hanya Wolf House, terletak di Seksyen 33, Taman Alam Indan di Shah Alam ditutup sementara kerana memerlukan pengubahsuaian sepenuhnya akibat kerosakan teruk.

"Walaupun kami kehilangan dua hingga tiga juta buku, kami berhasrat untuk menderma buku kepada masyarakat sekitar yang terjejas teruk akibat banjir dan berharap dapat bekerjasama dengan mereka berada di sekitar gudang kami dan kami mengalu-alukan orang untuk sertai usaha altruistik kami," katanya.

- BERNAMA

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok