Beberapa pelajar SMKA Sheikh Abdul Malek meredah banjir selepas sekolah itu ditenggelami air berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

Foto: BERNAMA
Beberapa pelajar SMKA Sheikh Abdul Malek meredah banjir selepas sekolah itu ditenggelami air berikutan hujan lebat sejak malam tadi. Foto: BERNAMA

Banjir: 7 sekolah di Terengganu ditutup

AZLEENDA SAHALUDIN
23 Jan 2024 03:26pm
A
A
A

Sekurang-kurangnya tujuh buah sekolah negeri Terengganu ditutup setakat jam 9 pagi Selasa, berikutan dinaiki air.

Ia susulan hujan lebat berterusan sejak petang Isnin lalu yang menyebabkan beberapa laluan serta kawasan perumahan sekitar daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dilanda banjir pada pagi Selasa.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu(JPNT), Jelani Sulong berkata setakat ini dimaklumkan enam buah sekolah daerah Kuala Terengganu dan sebuah sekolah di Hulu Terengganu tidak boleh beroperasi dan diberikan cuti bencana.

“Antara sekolah terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, SK Gelugor, SK Kedai Buloh dan SK Chung Hwa Wei Sin.

“Manakala, sekolah di Hulu Terengganu pula ialah SK Lubuk Periuk.

“Bagi pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), JPNT sudah bersiap sedia dan akan menggerakkan Ops Payung sekiranya keadaan bertambah buruk,” katanya.

Difahamkan, setakat pagi Selasa, terdapat tiga laluan di daerah Kuala Terengganu yang ditutup kepada kenderaan antaranya Jalan Kamarudin, Jalan Sultan Omar dan Jalan Gong Kapas.

Berdasarkan situasi semasa, keadaan hujan masih lebat dan dijangka berlaku penutupan jalan-jalan lain sekiranya cuaca berkenaan masih berlarutan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok