No Image Caption

Banjir Sabah: Sekolah hampir tenggelam!

ASYIKIN ASMINASYIKIN ASMIN
20 Feb 2026 02:49pm

Banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini dilaporkan semakin buruk apabila beberapa bangunan sekolah hampir ditenggelami air.

Antaranya, Sekolah Kebangsaan (SK) Pandan Mandamai, Pitas, yang tular di media sosial selepas air banjir dilihat hampir mencecah bumbung sekolah tersebut.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin mengesahkan perkara itu berkata, daerah Pitas telah diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir, dan beberapa sekolah turut terkesan.

"Ada beberapa sekolah terlibat iaitu SK Pandan Mandamai, SK Kasagaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas II.

"Banyak laluan ke sekolah-sekolah juga tidak boleh dilalui," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Bagaimanapun, Raisin berkata kebetulan sekolah tidak beroperasi kerana murid dan pelajar sedang bercuti.

"Sekarang cuti sekolah dan murid tidak perlu ke sekolah.

"Tapi kita harap keadaan reda sebelum buka sekolah Isnin depan," tambah beliau.

Sementara itu, gambar yang tular menunjukkan keadaan SK Pandan Mandamai yang hampir tenggelam akibat banjir.

Artikel Berkaitan:

Hujan berterusan di beberapa kawasan di negeri ini menyebabkan daerah lain, termasuk Kota Marudu, Telupid dan Sandakan, turut terjejas.

Ringkasan AI

  • Banjir melanda beberapa daerah di negeri ini menyebabkan bangunan sekolah hampir ditenggelami
  • Antaranya, SK Pandan Mandamai di Pitas tular di media sosial kerana keadaannya yang teruk
  • Daerah Pitas diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir, mempengaruhi beberapa sekolah termasuk SK Pandan Mandamai, SK Kasagaan dan SMK Pitas II
  • Laluan ke sekolah-sekolah tersebut tidak boleh dilalui
  • Sekolah sedang bercuti, harapan agar keadaan reda sebelum sekolah dibuka semula
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp