Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Belanjawan 2023: RM436 juta baiki infrastruktur, peralatan usang IPTA

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMNADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
24 Feb 2023 08:07pm

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan diperuntukkan sebanyak RM15.3 bilion berbanding RM14.5 bilion pada tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah RM436 juta disediakan bagi membaik pulih infrastruktur dan menggantikan peralatan usang yang tidak lagi ekonomik di institut pengajian tinggi awam (IPTA).

“Sejumlah RM35 juta pula, tersedia sebagai dana untuk meningkatkan kesalinghubungan internet di institusi pendidikan tinggi Malaysia di bawah program Malaysian Research & Education Network (MYREN).

“Berhubung aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilihat penting, sejumlah RM428 juta disediakan untuk melaksanakan aktiviti R&D di bawah KPT dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI),” katanya pada pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur hari ini.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp