Anwar berkata, pendidikan percuma itu akan diberikan kepada mereka yang akan mengikuti pengajian di IPTA. Foto: Bernama
Anwar berkata, pendidikan percuma itu akan diberikan kepada mereka yang akan mengikuti pengajian di IPTA. Foto: Bernama

Belanjawan 2026: 5,800 pelajar keluarga miskin bakal nikmati pendidikan percuma PTPTN

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
10 Oct 2025 07:44pm

Seramai 5,800 pelajar daripada keluarga miskin akan menikmati pendidikan percuma Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dengan peruntukan RM120 juta setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendidikan percuma itu akan diberikan kepada mereka yang akan mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

"Selain itu, kerajaan juga bersetuju mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada semua mahasiswa yang perolehi Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA dari keluarga pendapatan rendah dan menengah.

"Ini memanfaat sekitar 6,000 peminjam dengan peruntukan RM90 juta setahun," ujarnya yang berpakaian baju Melayu berwarna biru cair ketika pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat.

Tambah beliau, kerajaan akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam yang mampu bayar dan bekerja di luar negara, tetapi culas membuat bayaran balik.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seramai 5,800 pelajar daripada keluarga miskin akan menikmati pendidikan percuma PTPTN dengan peruntukan RM120 juta setahun
  • Pendidikan percuma diberikan kepada pelajar yang akan mengikuti pengajian di IPTA
  • Kerajaan bersetuju mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada semua mahasiswa yang perolehi Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA dari keluarga pendapatan rendah dan menengah
  • Pengecualian bayaran balik itu memanfaat sekitar 6,000 peminjam dengan peruntukan RM90 juta setahun
  • Kerajaan akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam PTPTN yang culas membuat bayaran balik
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp