Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat.
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat.

Belanjawan 2026: RM100 juta diperuntukkan untuk bina bilik darjah tambahan

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
10 Oct 2025 05:53pm

Projek sekolah akan disegerakan menggunakan bangunan sedia ada untuk kelangsungan pendidikan murid.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sebanyak RM100 juta akan diperuntukkan untuk membina bilik darjah tambahan di lebih 100 sekolah berkepadatan tinggi.

"Pembinaan bilik darjah tambahan ini melalui kaedah sistem binaan berindustri (IBS) di sekolah sedia ada. Anggaran siapnya dalam tempoh maksimum enam bulan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Bukan itu sahaja, sebanyak 350 buah kelas prasekolah baharu akan dibina di bangunan sedia ada.

Tambah Anwar yang juga Perdana Menteri, sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi mengisi kekurangan kelas prasekolah.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Projek sekolah akan disegerakan menggunakan bangunan sedia ada untuk kelangsungan pendidikan murid
  • Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sebanyak RM100 juta akan diperuntukkan untuk membina bilik darjah tambahan di lebih 100 sekolah berkepadatan tinggi
  • Pembinaan bilik darjah tambahan ini melalui kaedah sistem binaan berindustri (IBS) di sekolah sedia ada dengan anggaran siapnya dalam tempoh maksimum enam bulan
  • Sebanyak 350 buah kelas prasekolah baharu akan dibina di bangunan sedia ada
  • Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi mengisi kekurangan kelas prasekolah
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp