Walaupun sudah memasuki sekolah menengah, tetapi pelajar SMK Bandar Tun Razaj tetap gembira apabila melihat kehadiran watak animasi kegemaran mereka. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Walaupun sudah memasuki sekolah menengah, tetapi pelajar SMK Bandar Tun Razaj tetap gembira apabila melihat kehadiran watak animasi kegemaran mereka. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Bermulanya roadtour 15 lokasi bagi Jelajah TV PSS Sinar Bestari X Air Selangor: Misi Jimat Air Bersama BoBoiBoy!

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
03 Nov 2025 01:41pm

Selepas kejayaan besar tahun lalu, Air Selangor sekali lagi membuka peluang kepada pelajar sekolah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan kreativiti dan kehebatan dalam menyebarkan mesej pemuliharaan air melalui cara yang menyeronokkan.

Sambutan hangat itu membuktikan bahawa pelajar di negara ini bukan sahaja celik alam, malah berdaya saing dan inovatif dalam memberikan idea tentang kelestarian air.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali mengakui kehebatan pelajar TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) dalam pembikinan video.

"Pertandingan kepada anak-anak sekolah rendah pada tahun lalu memang bagus, penceritaan mereka untuk menjimatkan air juga kreatif.

Adam Saffian. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Adam Saffian. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

"Untuk tahun ini, kita juga membuka peluang kepada pelajar sekolah menengah untuk menghasilkan video, jalan cerita dan mesej terbaik supaya boleh membantu komuniti lain," katanya secara eksklusif kepada Sinar Bestari.

Untuk rekod, Air Selangor bersama BoBoiBoy akan melawati 15 sekolah di beberapa kawasan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk menyampaikan mesej tentang pemuliharaan air melalui Jelajah TV PSS Sinar Bestari.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak lima sekolah telah terlibat iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cuepacs, SK Kampung Medan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Razak, SK Taman Melati dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simpang Lima.

Disebabkan itu, tambah Adam Saffian, jelajah dan pendedahan awal ini sedikit sebanyak membantu pelajar untuk lebih bersedia menampilkan kreativiti masing-masing.

Murid SK Kampung Medan fokus sewaktu melakukan kandungan video sepanjang program. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Murid SK Kampung Medan fokus sewaktu melakukan kandungan video sepanjang program. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

"Kita harap penyertaan tahun ini lagi hebat supaya di akhir pertandingan nanti, boleh sebarkan kepada masyarakat keputusan dan muat naik bahan mereka di laman web Air Selangor,” katanya lagi.

Tahun ini, Peraduan Misi Jimat Air bersama BoBoiBoy anjuran Air Selangor dijangka lebih mengagumkan apabila penyertaan dibuka kepada sekolah rendah dan menengah.

Adam Saffian yakin hasil karya pelajar sekolah menengah mampu mencuri tumpuan.

"Mesti mereka (pelajar sekolah menengah) lebih kreatif kerana macam-macam sudah ada. Mereka boleh guna aplikasi Canva atau SCRL. Saya yakin mereka boleh berikan yang terbaik,” katanya lagi.

Pelajar SMK Bandar Tun Razak bersiap sedia menghasilkan video tugasan dengan penuh semangat dan kreativiti. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Pelajar SMK Bandar Tun Razak bersiap sedia menghasilkan video tugasan dengan penuh semangat dan kreativiti. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Platform pelajar lebih kreatif

Jelajah TV PSS Sinar Bestari membawa Air Selangor bersama BoBoiBoy kali ini mengasah bakat dan kreativiti pelajar.

Pengetua Akademi Pendidikan Sinar Bestari, Meen Tahrin berkata, pihaknya mahu membantu pelajar tampil lebih yakin untuk menyertai Peraduan Misi Jimat Air bersama BoBoiBoy.

Meen Tahrin. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Meen Tahrin. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

"Peranan Sinar Bestari menggalakkan penyertaan pelajar dalam peraduan ini.

"Kami berkongsi tip menghasilkan video kreatif, berimpak dan berkualiti supaya mesej jimat air disampaikan dengan lebih menarik," katanya.

Murid SK Taman Cuepacs seronok selepas menyiapkan tugasan video yang diberikan. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Murid SK Taman Cuepacs seronok selepas menyiapkan tugasan video yang diberikan. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Peserta dari SK Kampung Medan fokus dan berebut untuk menjawab soalan daripada tenaga pengajar. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Peserta dari SK Kampung Medan fokus dan berebut untuk menjawab soalan daripada tenaga pengajar. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

 

 

Ringkasan AI

  • Air Selangor membuka peluang kepada pelajar sekolah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk menyebarkan mesej pemuliharaan air
  • Pelajar di negara ini dikatakan celik alam, berdaya saing dan inovatif dalam meningkatkan kesedaran tentang kelestarian air
  • Pertandingan membolehkan pelajar sekolah rendah dan menengah menghasilkan video kreatif untuk menyampaikan mesej menjimatkan air
  • Air Selangor bersama BoBoiBoy akan melawati 15 sekolah untuk menyampaikan mesej pemuliharaan air melalui Jelajah TV PSS Sinar Bestari
  • Peraduan Misi Jimat Air bersama BoBoiBoy dijangka lebih mengagumkan dengan penyertaan dari pelajar sekolah rendah dan menengah
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp