ptptn2
ptptn2

Dana pendidikan RM1 juta, PTPTN umum pemenang peraduan

webadmin
20 Aug 2021 05:47pm
A
A
A

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) mengumumkan senarai pemenang Peraduan Dana RM1 juta Harapan melalui laman sesawangnya.

PTPTN dalam satu kenyataan berkata, peraduan tersebut dianjurkan bertujuan memupuk sikap suka menabung dalam kalangan kanak-kanak sejak kecil untuk jaminan pendidikan pada masa hadapan.

Menurut PTPTN, peraduan yang diadakan pada 5 April hingga 30 Mei lalu menawarkan hadiah berjumlah RM1 juta dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

“Setiap pemenang menerima RM25,000 yang melibatkan seramai 40 pemenang. Nilai hadiah yang ditawarkan ini adalah tajaan sepenuhnya dari DLMI.

“Tahun ini merupakan kali pertama PTPTN dan DLMI menjalinkan kerjasama strategik bagi menggalakkan ibu bapa menyediakan tabungan pendidikan anak-anak sejak mereka masih kecil, selain memberikan panduan kepada ibu bapa memilih susu formula dengan nutrisi lengkap untuk si kecil,” menurut kenyataan itu.

PTPTN berkata, senarai pemenang Peraduan Dana RM1 juta Harapan boleh diperoleh melalui laman sesawang https://www.smartmoments.com.my/ms/dana-sejuta-harapan/.

Pemenang juga boleh membuat semakan wang tunai yang dimenangi di penyata SSPN-i melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my.

“Dalam usaha untuk menjadi peneraju tabung pendidikan tinggi negara, PTPTN sentiasa mengalu-alukan penglibatan agensi kerajaan dan syarikat korporat untuk menjadikan SSPN-i pilihan utama sebagai pemberian hadiah, insentif atau sumbangan melibatkan program, anugerah, kempen dan peraduan.

“SSPN-i adalah produk simpanan terbaik yang menawarkan pelbagai keistimewaan seperti manfaat pelepasan taksiran cukai, dividen yang kompetitif, perlindungan takaful secara percuma, simpanan dijamin kerajaan dan skim patuh syariah, jelas PTPTN.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok