Kebakaran turut melibatkan sebuah makmal sains, stor peralatan dan kerosakan di bahagian kantin.
Kebakaran turut melibatkan sebuah makmal sains, stor peralatan dan kerosakan di bahagian kantin.

Guru & murid cemas apabila bangunan sekolah mereka terbakar

NORMAWATI ADNANNORMAWATI ADNAN
06 Jan 2025 05:54pm

Seramai 32 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Ayer Tawar, Perak berdepan detik cemas apabila bangunan sekolah tersebut terbakar dalam kejadian pada Isnin.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar jam 11.52 pagi melibatkan tiga bilik darjah, sebuah makmal sains, stor peralatan dan kantin.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa membabitkan guru, murid atau petugas sekolah selepas masing-masing berjaya menyelamatkan diri.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, semasa kejadian hanya terdapat beberapa guru dan murid berada di sekolah tersebut.

"Tiada mangsa yang mengalami kecederaan dalam kejadian ini.

"Selain tiga bilik darjah, kebakaran turut melibatkan sebuah makmal sains, stor peralatan dan kerosakan di bahagian kantin dengan kemusnahan 70 peratus," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Operasi pemadaman dilakukan menggunakan konsep 'receo' bersumberkan air dari tangki jentera sehingga api dipadamkan sepenuhnya.
Operasi pemadaman dilakukan menggunakan konsep 'receo' bersumberkan air dari tangki jentera sehingga api dipadamkan sepenuhnya.

Beliau berkata, anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati, keadaan api tidak marak dan berada dalam keadaan terkawal.

Artikel Berkaitan:

Katanya, operasi pemadaman kemudiannya dilakukan menggunakan konsep 'receo' bersumberkan air dari tangki jentera sehingga api dipadamkan sepenuhnya.

"Operasi melibatkan 26 anggota ini turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan serta Pasukan Bomba Sukarela Ayer Tawar, Pantai Remis dan Bomba Komuniti Manjung," katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp