Cikgu Badrul memastikan pelajarnya memahami setiap topik yang diajarnya.
Cikgu Badrul memastikan pelajarnya memahami setiap topik yang diajarnya.

Guru tuisyen tidak 'terikat'

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
24 Feb 2025 11:00am

Dalam era pendidikan moden, peranan guru tuisyen atau kelas tambahan berbayar semakin penting bagi membantu pelajar untuk mencapai kejayaan akademik.

Berbeza dengan guru sekolah kerana warga pendidik tuisyen tidak terikat dengan jadual dan silibus ketat yang membolehkan mereka menyesuaikan teknik pengajaran mengikut keperluan pelajar.

Guru tuisyen, Mohd Badrul Azhar berkata, murid semestinya masih memerlukan kelas tambahan berbayar meskipun sudah mendapat didikan penuh daripada guru masing-masing.

Mohd Badrul, 38, berkata, ia berikutan tidak semua pelajar mudah faham apa yang dipelajari di sekolah kerana tahap pendidikan masing-masing berbeza.

Walaupun pihak sekolah sudah menetapkan kedudukan pelajar dalam kelas yang berbeza mengikut kepintaran masingmasing, namun mereka tetap mempunyai peringkat pemikiran berlainan.

“Sekiranya pelajar dihantar ke pusat tuisyen, mereka akan dibahagikan mengikut kelompok kecil yang mungkin ditetapkan sebanyak 15 hingga 18 pelajar.

“Pelajar juga boleh memilih untuk belajar secara perseorangan dengan menggunakan teknik satu-satu dengan guru.

“Yang lebih menariknya adalah tempoh pembelajaran setiap subjek itu tidak panjang, jadi pelajar boleh kekal fokus untuk setiap pelajaran,” katanya secara eksklusif bersama Sinar Bestari.

Artikel Berkaitan:

Cikgu Badrul memberikan penerangan dalam kelas.
Cikgu Badrul memberikan penerangan dalam kelas.

Lebih fokus teknik menjawab

Tuisyen bukan sekadar platform untuk mengulang kaji apa yang diajar di sekolah, namun memberi penekanan kepada teknik menjawab soalan dengan lebih berkesan.

Dalam menghadapi peperiksaan penting seperti Sijil Pendidikan Malaysia (SPM), kemahiran menjawab soalan dengan tepat ada kunci utama untuk memperoleh keputusan cemerlang.

Mohd Badrul yang mengusahakan pusat tuisyen sendiri berkata, kelas tambahan itu berfungsi sebagai medium untuk pelajar

mengulang kaji sambil dibimbing oleh guru berpengalaman dalam bidang masing-masing dan proses pembelajarannya lebih santai.

“Ramai pelajar menghadapi kesukaran bukan kerana mereka tidak memahmi sesuatu topik, tetapi tidak mahir untuk menyusun jawapan mengikut kehendak soalan.

“Pusat tuisyen sering menekankan latihan menjawab soalan berdasarkan format peperiksaan sebenar.

“Ia termasuk teknik mengenal pasti kata kunci, menyusun jawapan secara sistematik dan strategi urus masa menjawab lebih baik,” katanya lagi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp