Fahmi (kanan) menyerahkan Lesen Pemberi Kemudahan dan Perkhidmatan Rangkaian kepada wakil Starlink baru-baru ini. Kredit foto, Facebook Fahmi Fadzil.
Fahmi (kanan) menyerahkan Lesen Pemberi Kemudahan dan Perkhidmatan Rangkaian kepada wakil Starlink baru-baru ini. Kredit foto, Facebook Fahmi Fadzil.

IPT dan sekolah seluruh negara bakal terima perkhidmatan internet satelit Starlink

ROSHLAWATY MD RAIEH
20 Jul 2023 05:28pm
A
A
A

Sebagai permulaan, syarikat penyedia perkhidmatan internet, Starlink akan menyediakan perkhidmatan internet satelit di dua lokasi terlebih dahulu iaitu institut pengajian tinggi (IPT) dan sekolah.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, keputusan itu dibuat berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu.

“Saya telah menyerahkan Lesen Pemberi Kemudahan dan Perkhidmatan Rangkaian kepada wakil Starlink baru-baru ini sekali gus membenarkan syarikat itu menyediakan perkhidmatan internet satelit di Malaysia terutama di kawasan pedalaman,” kata beliau menerusi catatan di Facebook pada Khamis.

Pada 15 Julai lalu, Perdana Menteri berkata, kerajaan merancang perolehan 40 peranti satelit Starlink untuk kegunaan IPT dan sekolah seluruh negara dalam usaha meningkatkan capaian internet sekali gus mewujudkan akses lebih luas dan pantas untuk mahasiswa dan para pelajar.

Perkhidmatan satelit berkenaan disediakan SpaceX, syarikat milik Elon Musk iaitu seorang jutawan dan usahawan teknologi dari Amerika Syarikat yang mengadakan perbincangan secara maya dengan Perdana Menteri pada Sabtu.

“Apabila Elon Musk bercakap dengan saya, saya beritahu Fahmi untuk kita beli (peranti Starlink) dengan segera dan kita akan pasang di mana saja universiti yang perlu,” ujarnya.

Sementara itu, Fahmi dalam catatan yang sama memberitahu, sebanyak 97 daripada 100 peratus kawasan berpenduduk telah mempunyai akses internet.

Manakala baki tiga peratus lagi tidak mempunyai akses internet disebabkan isu geografi lokasi seperti kawasan pedalaman atau pulau terpencil yang menjadi cabaran kepada pembinaan rangkaian.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok