274584826_498734564957021_86095755129465727_n
274584826_498734564957021_86095755129465727_n

JPN dan PPD diminta ambil tindakan masalah kerosakan infrastruktur dan kemudahan sekolah di Kota Tinggi

Adlan Farhan Azwan
23 Feb 2022 04:54pm
A
A
A

Putrajaya - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diminta mengambil tindakan segera terhadap masalah kerosakan infrastruktur dan kemudahan empat buah sekolah di Johor.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin berkata, masalah kerosakan infrastruktur dan kemudahan seperti tingkap, bumbung serta tandas itu membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Jaafar Albar, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Setia Jaya, SK Bandar Easter dan SMK Bandar Easter.

Baca juga

Masalah air di SMK Tasek Utara, KPM ambil tindakan segera

Sekolah menengah tidak sesuai dijadikan pusat undi PRN Johor – KPM

“Insya-ALLAH kami akan ikhtiarkan yang terbaik bagi menyediakan persekitaran lebih selesa buat seluruh warga sekolah,” jelasnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman rasmi Facebook beliau.

Di samping meninjau perjalanan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang sedang berlangsung di SMK Tan Sri Jaafar Albar dan SMK Bandar Easter, Radzi juga sempat memberi kata-kata semangat kepada calon SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di sekolah tersebut.

Menurutnya, tujuan lawatan ke sekolah-sekolah berkenaan adalah bagi meninjau keadaan infrastruktur dan pengoperasian sekolah serta persediaan sekolah menjelang peperiksaan SPM 2021 yang akan berlangsung pada 2 Mac depan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Beliau juga berkata program turun padang ke Kota Tinggi ini turut melibatkan sesi libat urus bersama pengetua dan guru besar dari seluruh daerah berkenaan.

“Saya berkongsi tentang aspirasi untuk menerapkan konsep SekolahKu Sejahtera melalui 14 elemen utama seperti seronok, selamat, sihat, etika, empati dan artikulasi. Elemen ini perlu diterapkan secara semula jadi dalam kalangan anak-anak khususnya.

“Terima kasih kepada semua yang hadir dan berkongsi pandangan serta saranan bagi meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan generasi pewaris negara,” jelasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok