Mengulas lanjut mengenai RPM, Raisin turut mengajak seluruh warga pendidik di semua peringkat menyambut baik sistem pendidikan baharu tersebut.
Mengulas lanjut mengenai RPM, Raisin turut mengajak seluruh warga pendidik di semua peringkat menyambut baik sistem pendidikan baharu tersebut.

JPN Sabah sedia terima murid Tahun Satu berusia enam tahun - Raisin

27 Jan 2026 11:32am

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah bersedia untuk menerima murid Tahun Satu berusia enam tahun pada tahun hadapan.

Menurut Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin, jabatan itu akan memastikan murid enam tahun tersebut akan mendapat tempat di sekolah di negeri ini.

"JPN Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bersedia untuk menerima murid berusia enam tahun.

"JPN akan meneliti isu-isu kritikal bagi memastikan murid berumur enam tahun pada tahun 2027 mendapat tempat di sekolah," katanya kepada Sinar Bestari pada Isnin.

Beliau sebelum itu ditanya mengenai kesediaan JPN Sabah untuk menerima murid Tahun Satu berusia enam tahun seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pelancaran Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai RPM itu, Raisin turut mengajak seluruh warga pendidik di semua peringkat menyambut baik sistem pendidikan baharu tersebut.

"RPM ini telah diperhalusi daripada pelbagai sudut. Keberhasilan RPM adalah tanggungjawab kita," katanya.

Ringkasan AI

  • JPN Sabah bersiap sedia menerima murid Tahun Satu berusia enam tahun pada tahun hadapan
  • Murid berumur enam tahun akan mendapat tempat di sekolah di Sabah
  • Isu-isu kritikal akan diteliti untuk memastikan murid enam tahun mendapat tempat di sekolah pada tahun 2027
  • Penerimaan murid berumur enam tahun adalah sebahagian dari pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035
  • Pengarah Pendidikan Sabah mengajak warga pendidik menyambut baik sistem pendidikan baharu
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp