Kaedah pemulangan dan pengambilan buku teks, ini kata KPM
Kaedah pemulangan dan pengambilan buku teks, ini kata KPM

Kaedah pemulangan dan pengambilan buku teks, ini kata KPM

webadmin
21 Jan 2021 02:09pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi laman facebooknya berkongsi berkenaan kaedah pemulangan dan pengambilan buku teks bagi sekolah rendah dan menengah.

Dalam infografik yang dinyatakan itu, tarikh pemulangan buku teks bagi sekolah rendah (Tahun 2 hingga Tahun 5 (2021) dan Tahun 6 (2020) serta Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 (2021), perlu dipulangkan mulai 20 Januari.

Manakala bagi Tingkatan 5 (2020), perlu dihantar selepas tamat peperiksaan SPM Tahun 2020.

Tarikh pengambilan buku teks bagi sekolah rendah dan menengah pula, akan diberi mulai tarikh 20 Januari.

Menurut infografik tersebut lagi, ada beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian.

1)    Jadual dan tarikh sebenar akan ditetapkan oleh pihak sekolah.

2)    Pemulangan dan pengambilan buku teks mesti diuruskan oleh ibu bapa dan penjaga kecuali bagi murid yang kekal berada di asrama.

3)    Sila patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan

4)    Boleh dibuat secara pandu lalu mengikut kesesuaian pihak sekolah.

5)    Dilaksanakan segera bagi memastikan semua murid mempunyai buku teks yang lengkap dan mencukupi.

Mohon pihak sekolah, guru, ibu bapa dan penjaga peka dengan perkara yang dikongsi KPM ini.

 

Artikel menarik

Tutor di rumah: perlu atau tidak?

Cikgu Hailmi dah mula berTikTok, guru-guru lain pula bagaimana?


   

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok