Karnival secara online dapat sambutan hangat, ini pengisiannya!
Karnival secara online dapat sambutan hangat, ini pengisiannya!

Karnival secara online dapat sambutan hangat, ini pengisiannya!

webadmin
29 Jan 2021 03:33pm
A
A
A

Shah Alam - Wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada hari ini, bukan lagi perkara yang asing bagi setiap rakyat di seluruh negara.

Kita perlu mempraktikkan norma baharu yang dikeluarkan selari dengan keperluan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) demi memastikan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat terjamin.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula 18 Mac 2020 lalu sedikit sebanyak memberi kesan kepada sektor pendidikan khususnya yang menjejaskan pembelajaran, motivasi dan kecenderungan para pelajar terutamanya bagi pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sehingga hari ini, sektor pendidikan antara yang terjejas teruk dek pandemik Covid-19 ini.

Namun, hal ini tidak menjadi penghalang bagi penggerak Youth of Strength & Happiness (YOSH) untuk melaksanakan program-program khas yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah di Malaysia khususnya.

YOSH merupakan sebuah badan penggerak belia yang berada di bawah bimbingan sebuah organisasi Badan Bukan Kerajaan (NGO), Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) sebagai platform utama pembangunan belia melalui aktiviti kesukarelawanan dan pembangunan sahsiah diri.

Justeru, YOSH mengambil inisiatif ini untuk melaksanakan program khas untuk pelajar sekolah menengah iaitu Karnival Cuti Sekolah (KCS) di bawah kelelolaan unit Teen’s Outreach Cam p (TOC) yang turut mendapat kerjasama bersama Annur Quranic Centre (AQC).

KCS ini berlangsung selama enam hari iaitu bermula pada 19 Disember sehingga 24 Disember baru-baru ini dan dilaksanakan sepenuhnya atas talian (Online) menggunakan aplikasi Google Meet dan Facebook Live.

Alhamdulillah, karnival ini mendapat sambutan yang sangat hangat dengan melibatkan beberapa sekolah di seluruh Malaysia dengan penglibatan seramai 663 pelajar sekolah yang mendaftar dalam beberapa aktiviti yang dilaksanakan sepanjang KCS dijalankan.

Antara pertandingan yang dijalankan adalah pertandingan tilawah Al-Quran, pertandingan hafazan dan tafsir Al-Quran serta pertandingan debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang terbuka kepada pelajar berumur 15 hingga 17 tahun.

Bagi pelajar Tingkatan 5, satu slot khas telah diadakan bagi mendedahkan mereka mengenai hala tuju selepas SPM.

“Program ini lebih mesra dan buat saya lagi yakin dan rasa seronok kerana semua peserta member saingan sengit,” kata Danial Hazziq, salah seorang peserta pertandingan Tilawah al-Quran.

Seperti yang kita sedia maklum, pada zaman sekarang kemahiran berterusan di luar bilik darjah amat penting bagi membentuk seseorang individu yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga bagi kemahiran lain seperti komunikasi, kepimpinan, penyelesaian masalah dan pelbagai kemahiran lain.

Dengan adanya karnival ini diharapkan semua peserta dapat mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka.

Hal ini secara tidak langsung pelajar-pelajar dapat melatih diri mereka untuk lebih berani kehadapan dan yakin untuk bercakap di hadapan khalayak orang ramai.

Pihak TOC dan AQC juga ingin mengajak kepada semua lapisan masyarakat untuk terus menyokong dan mendokong kempen-kempen atau projek-projek yang dijalankan melalui media sosial.

Sasaran adalah untuk memastikan segala program dan projek yang dilaksanakan bakal memberikan perubahan impak yang positif serta besar kepada negara, bangsa dan ummat.

Artikel menarik

Baru tahu sukarnya jadi guru di rumah, empat tip berikut bantu anda jadi ibu bapa cemerlang

YaPEIM sumbang RM20,531 kepada siswa B40 USIM

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok