Ibu bapa dan penjaga boleh membuat semakan UPKK secara dalam talian atau melalui SMS.
Ibu bapa dan penjaga boleh membuat semakan UPKK secara dalam talian atau melalui SMS.

Keputusan UPKK 2022 diumumkan hari ini

ROSHLAWATY MD RAIEH
06 Mar 2023 01:14pm
A
A
A

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi laman Facebooknya memaklumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2022 diumumkan 9 Mac (hari ini).

Ibu bapa dan penjaga boleh membuat semakan secara dalam talian atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sinar Bestari kongsikan lebih lanjut cara semakan keputusan peperiksaan seperti dinyatakan oleh Jakim.

1) Semakan secara dalam talian di laman sesawang Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) di capaian simpeni.islam.gov.my

2) Semakan menerusi SMS dengan cara menaip UPKK < jarak > Nombor Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

UPKK merupakan peperiksaan yang diduduki murid-murid Tahun Lima dari Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Jakim.

Ujian ini diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid dalam bidang Pengajian al-Quran; Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah); Sirah; Adab (Akhlak Islamiyah); Jawi, Imlak dan Khat; Asas Lughatul Quran; Penghayatan Cara Hidup Islam dan Amali Solat.

Ia dilihat masih relevan dan terbukti dengan pertambahan calon setiap tahun yang menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA sebagai pengukuhan ilmu Islam.

Artikel Berkaitan:

Murid-murid yang menduduki UPKK berpeluang melanjutkan pelajaran ke 60 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Bukan itu sahaja, keputusan UPKK juga boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) dan tiga buah Sekolah Menengah Agama [ersekutuan (SMAP).

Kami warga Sinar Bestari mendoakan agar adik-adik mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPKK 2022 nanti, insya-ALLAH.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok