HomeBuletinKonsep Sekolahku Sejahtera terap 14 nilai murni, lahirkan generasi berdaya saing

Artikel Berkaitan

Konsep Sekolahku Sejahtera terap 14 nilai murni, lahirkan generasi berdaya saing

PUTRAJAYA – Penerapan 14 nilai murni yang diketengahkan konsep Sekolahku Sejahtera kepada murid secara langsung atau tidak langsung mampu melahirkan generasi berdaya saing pada masa akan datang.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin berkata, konsep Sekolahku Sejahtera digagaskan sebagai satu kerangka yang memayungi pelbagai tema, inisiatif dan program sedia ada Kementerian Pendidikan (KPM) berteraskan penerapan nilai murni.

Baca juga

Masalah air di SMK Tasek Utara, KPM ambil tindakan segera

Sekolah menengah tidak sesuai dijadikan pusat undi PRN Johor – KPM

“14 elemen yang terkandung dalam konsep Sekolahku Sejahtera ialah selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi.

“Jika kita lihat, kebanyakan elemen yang disebutkan tadi adalah elemen yang kita pernah dengar tetapi tidak diberikan penekanan khusus.

“Artikulasi sebagai contoh, ramai yang tidak faham tentang artikulasi apabila ditanyakan. Disebabkan itu, ramai yang takut untuk bercakap kerana tidak mendapat didikan tentang bagaimana pendekatan paling mudah untuk mereka berhujah dengan baik,” katanya ketika Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera, pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan konsep Sekolahku Sejahtera yang akan diperkenalkan pada sesi persekolahan akan datang, tidak akan sesekali membebani guru serta murid.

“Ia bukan mata pelajaran baharu, bukan juga sisipan serta tidak akan membebankan guru kerana konsep ini akan diterapkan secara semula jadi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).

“Konsep ini diterapkan sewaktu guru bersama murid-murid ketika aktiviti PdP di dalam kelas, contohnya jika guru mengajar mata pelajaran Sejarah dan mempunyai kaitan dengan 14 elemen, ia boleh diperjelaskan kepada murid,” ujarnya.

Radzi juga menekankan bahawa fokus kepada 14 elemen nilai ini tidak bermaksud elemen lain tidak penting atau patut diketepikan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Apa yang kita cuba tekankan ialah apa sekurang-kurangnya yang perlu dikuasai dan dijiwai oleh anak-anak kita dan dibawa nilai-nilai ini ke dalam kehidupan mereka,” jelasnya.

Konsep Sekolahku Sejahtera dirangka berteraskan prinsip dan hasrat bagi mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat.

Artikel Terkini