754792
754792

KPM kaji kebenaran murid bawa dan guna telefon bimbit di sekolah

Mohd Khairi Mohamad Yusri
23 Nov 2021 02:16pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka satu borang soal selidik berkaitan kebenaran murid membawa dan menggunakan telefon bimbit di sekolah bermula hari ini.

Menurut KPM, soal selidik tersebut adalah bagi mendapatkan respon semua pihak dan akan dijadikan sandaran terhadap keputusan yang bakal dibuat.

“Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak berkaitan kebenaran murid membawa dan menggunakan telefon bimbit di sekolah.

“Dapatan daripada tinjauan ini akan menjadi sandaran kepada pihak KPM untuk membuat perancangan dan keputusan berkaitan dengan perkara tersebut,”kata KPM menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Orang ramai boleh mula mengakses borang soal selidik tersebut melalui link yang disediakan di bawah bermula hari ini sehingga 7 Disember.

https://www.moe.gov.my/e-penyertaanmenu/soal-selidik

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok