Dalam ruang lingkup pendidikan, inisiatif baharu ini dapat meningkatkan keselamatan murid dan seluruh warga pendidikan dari ancaman jenayah siber seperti eksploitasi seksual, penipuan dan penyalahgunaan platform digital.
Dalam ruang lingkup pendidikan, inisiatif baharu ini dapat meningkatkan keselamatan murid dan seluruh warga pendidikan dari ancaman jenayah siber seperti eksploitasi seksual, penipuan dan penyalahgunaan platform digital.

KPM sambut baik Peruntukan Deeming, pastikan keselamatan warga pendidikan

15 Dec 2025 05:54pm

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut baik langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan inisiatif Peruntukan Deeming bagi memastikan penyedia perkhidmatan berskala besar yang menawarkan perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial di Malaysia beroperasi dalam kerangka perundangan serta kawal selia negara yang teratur, konsisten dan berkesan.

KPM dalam satu kenyataan media berkata, dalam ruang lingkup pendidikan, inisiatif baharu ini dapat meningkatkan keselamatan murid dan seluruh warga pendidikan dari ancaman jenayah siber seperti eksploitasi seksual, penipuan dan penyalahgunaan platform digital.

"KPM akan meningkatkan kerjasama dengan semua pemegang taruh termasuk MCMC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan aspek keselamatan digital dalam kalangan murid dan warga pendidikan dapat terus dipertingkatkan," katanya.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kementerian Pendidikan menyambut baik inisiatif MCMC untuk meningkatkan keselamatan digital dalam sektor pendidikan
  • Inisiatif tersebut meningkatkan keselamatan murid dan warga pendidikan daripada ancaman siber
  • Kerjasama dengan MCMC dan PDRM akan diperluas untuk memperkasa keselamatan digital murid
  • Langkah ini bertujuan meningkatkan literasi digital dan melindungi pengguna internet terutamanya pelajar sekolah
  • Melalui Peruntukan Deeming, pihak tertentu boleh dianggap berdaftar di bawah lesen kelas dengan perisytiharan menteri tanpa perlu memohon secara rasmi
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp