Fadhlina (tengah) ketika hadir dalam Karnival Pendidikan Sinar Bestari anjuran Kumpulan Karangkaf pada Jumaat.
Fadhlina (tengah) ketika hadir dalam Karnival Pendidikan Sinar Bestari anjuran Kumpulan Karangkaf pada Jumaat.

KPM sokong penuh penganjuran Karnival Pendidikan Sinar Bestari

09 Sep 2023 10:16am

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyokong sepenuhnya penganjuran Karnival Pendidikan Sinar Bestari anjuran Kumpulan Karangkaf.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, penganjuran karnival pendidikan itu dengan tema Memacu Pendidikan Generasi Digital menjadi medan terbaik untuk memastikan penyertaan komuniti berteraskan perkembangan melalui maklumat terkini.

"Saya mengharapkan karnival ini memberi impak besar kepada semua apatah lagi dengan sokongan partisipasi komuniti seperti setempat, sekolah dan juga ibu bapa," katanya menerusi ucapan perasmian Karnival Pendidikan Sinar Bestari di sini pada Jumaat.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli.

No Image Caption

Menurutnya, tema yang diketengahkan pada karnival tersebut sangat dekat dengan kementerian khususnya Dasar Pendidikan Digital Negara.

"Saya percaya usaha ini mampu untuk meneruskan agenda kesedaran ditambah pula dengan penggunaan teknologi," ujar beliau sambil berharap agar karnival berkenaan turut diperluas ke negeri lain.

Karnival Pendidikan Sinar Bestari itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor diadakan selama tiga hari bermula Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Pelbagai aktiviti, pameran dan pertunjukan yang menarik menanti pengunjung bermula jam 9 pagi sehingga 7 petang.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp