Cuti Sekolah Penggal 1 Sesi 2022/2023 selama 9 hari, berikut tarikh penting yang perlu anda beri perhatian!
Cuti Sekolah Penggal 1 Sesi 2022/2023 selama 9 hari, berikut tarikh penting yang perlu anda beri perhatian!

KPM umum Cuti Sekolah Penggal 1 Sesi 2022/2023 selama 9 hari

Roshlawaty Md Raieh
28 May 2022 03:30pm
A
A
A

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengeluarkan Kalendar Akademik bagi Penggal Persekolahan Sesi 2022/2023.

Di dalam takwim tersebut, para pelajar seluruh negara akan bercuti selama sembilan hari sempena Cuti Penggal 1 Sesi 2022/2023 pada Jun nanti.

Bagi Kumpulan A iaitu sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, cuti penggal mereka akan bermula 3 hingga 11 Jun.

Manakala bagi Kumpulan B yang terdiri daripada sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, cuti persekolahan masing-masing bermula 4 hingga 12 Jun.

Tahun ini, Cuti Keputeraan Agong jatuh pada 6 Jun (Isnin) dan ia merupakan cuti umum bagi semua negeri.

Untuk semua pembaca, Sinar Bestari kongsikan kalendar Bulan Jun 2022 beserta tarikh Cuti Sekolah dan Cuti Keputeraan Agong yang ditanda dengan warna kuning.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok