Dari kiri, Zambry, Mustapha @ Mohd Yunus dan Kah Woh yang mengisi jawatan di KPT dan KPM.
Dari kiri, Zambry, Mustapha @ Mohd Yunus dan Kah Woh yang mengisi jawatan di KPT dan KPM.

KPT dan KPM terima 'tiga orang baharu'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
12 Dec 2023 01:09pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai penuh Kabinet baharu kerajaan Madani di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Selasa.

Dalam pengumuman itu, dua kementerian iaitu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerima tiga orang baharu di kementerian mereka.

Individu yang dimaksudkan itu ialah Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Pendidikan Tinggi; Datuk Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud (Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi) dan Wong Kah Woh (Timbalan Menteri Pendidikan).

Dengan perlantikan yang baharu ini, Sinar Bestari mendoakan semoga kalian dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Sementara itu, Sinar Bestari turut berkongsi senarai penuh rombakan Kabinet 2023 di bawah pentadbiran Perdana Menteri ke-10 ini.

Berikut adalah senarainya:

1) Kementerian Kewangan

Perdana Menteri & Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Menteri Kewangan Dua: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Timbalan Menteri Kewangan: Lim Hui Ying

Artikel Berkaitan:

2) Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah

Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Rubiah Wang

3) Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam

Menteri: Datuk Seri Fadillah Yusof

Timbalan Menteri: Akmal Nasrullah Mohd Nasir

4) Kementerian Pengangkutan

Menteri: Anthony Loke Siew Fook

Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah

5) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Menteri: DatuK Seri Mohamad Sabu

Timbalan Menteri: Datuk Arthur Joseph Kurup

6) Kementerian Ekonomi

Menteri: Mohd Rafizi Ramli

Timbalan Menteri: Datuk Hanifah Hajar Taib

7) Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

Menteri: Nga Kor Ming

Timbalan Menteri: Datuk Aiman Athirah Sabu

8) Kementerian Luar Negeri

Menteri: Datuk Seri Mohamad Hassan

Timbalan Menteri: Datuk Mohamad Alamin

9) Kementerian Kerja Raya

Menteri: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Timbalan Menteri: Datuk Seri Ahmad Maslan

10) Kementerian Dalam Negeri

Menteri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

11) Kementerian Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Timbalan Menteri: Liew Ching Tong

12) Kementerian Pertahanan

Menteri: Datuk Seri Mohammad Khaled Nordin

Timbalan Menteri: Adly Zahari

13) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Menteri: Chang Lih Kang

Timbalan Menteri: Datuk Mohammad Yusof Apdal

14) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menteri: Datuk Seri Nancy Shukri

Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Noraini Ahmad

15) Jabatan Perdana Menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi): Datuk Sri Azalina Othman Said

Timbalan Menterinya: M Kulasegaran

16) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam

Menteri: Nik Nazmi Nik Ahmad

Timbalan Menteri: Datuk Seri Huang Tiong Sii

17) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Menteri: Datuk Ewon Benedick

Timbalan Menteri: Datuk Ramanan Krishnan

18) Kementerian Pendidikan Tinggi

Menteri: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

Timbalan Menteri: Datuk Seri Yusuf Apdal

19) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

Menteri: Datuk Seri Tiong King Sing

Timbalan Menteri: Khairul Firdaus Akbar Khan

20) Kementerian Komunikasi

Menteri: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil

Timbalan Menteri: Teo Nie Ching

21) Kementerian Pendidikan Malaysia

Menteri: Fadhlina Sidek

Timbalan Menteri: Wong Kah Wah

22) Kementerian Perpaduan

Menteri: Datuk Aaron Ago Dagang

Timbalan Menteri: K Saraswathi

23) Jabatan Perdana Menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

Timbalan Menteri: Profesor Dr Zulkifli Hassan

24) Kementerian Belia dan Sukan

Menteri: Hannah Yeoh Tseow Suan

Timbalan Menteri: Adam Adli Abd Halim

25) Jabatan Perdana Menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan): Dr Zaliha Mustafa

26) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

Menteri: Datuk Armizan Mohd Ali

Timbalan Menteri: Fuziah Salleh

27) Kementerian Perladangan dan Komoditi

Menteri: Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Timbalan Menteri: Datuk Chan Foong Hin

28) Kementerian Kesihatan

Menteri: Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Timbalan Menteri: Datuk Lukanisman Awang Sauni

29) Kementerian Digital

Menteri: Gobind Singh Deo

Timbalan Menteri: Datuk Ugak Anak Kumbong

30) Kementerian Sumber Manusia

Menteri: Datuk Steven Sim Chee Keong

Timbalan Menteri: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp