Kejohananan Liga Tinju Jelajah Malaysia 2023 membabitkan anak-anak muda dari serata negeri.
Kejohananan Liga Tinju Jelajah Malaysia 2023 membabitkan anak-anak muda dari serata negeri.

Lahir pelapis tinju

ROSHLAWATY MD RAIEH
22 Dec 2023 05:08pm
A
A
A

Ramai anak-anak muda di negara ini memiliki bakat terpendam dalam sukan tinju.

Ia dibuktikan menerusi Kejohananan Liga Tinju Jelajah Malaysia 2023 atau Boxing Fight League Malaysia Tour 2023 (BFL) yang diadakan di Dewan Bandar Tun Razak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 9 (2), Putrajaya, baru-baru ini.

Menurut Pengarah Program, Qhal Iskandar, pihaknya menerima penyertaan yang cukup mengalakkan daripada peminat sukan itu dalam pertandingan tersebut.

No Image Caption

“Agak terkejut kerana anak-anak muda dari pelbagai negeri menyertai pertandingan ini biarpun ia adalah kejohanan pertama dianjurkan di Malaysia.

“Oleh itu, kami berharap ia akan menjadi salah satu acara tahunan bagi mengangkat tinju sebagai sukan teras pilihan utama negara kelak,” katanya kepada Sinar Bestari.

Menurut Qhal, sebanyak tiga kategori dipertandingkan dalam kejohanan berkenaan iaitu Junior, Youth dan Elite.

Ujarnya, dua pemenang bagi setiap kategori diumum pemenang dan mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM300, pingat emas dan sijil (tempat pertama) dan RM50 atau RM100, pingat perak dan sijil (tempat kedua).

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Terdahulu, Kejohananan Liga Tinju Jelajah Malaysia 2023 dianjurkan oleh CS Excellent & Co dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persekutuan Tinju Malaysia, Physique Nation Gym & Studio dan AB Boxing serta ditaja Flymart Sdn Bhd.

Selain barisan peninju dan peminat sukan berkenaan, beberapa tetamu turut hadir memeriahkan majlis, antaranya Pengarah Urusan CS Excellent, Marinatasha Mustapar dan Pengetua SMK Putrajaya Presint 9 (2), Mazira Mohd Zain.

No Image Caption



No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok