Lebih 10,000 pelajar mulakan persekolahan di Perlis
Lebih 10,000 pelajar mulakan persekolahan di Perlis

Lebih 10,000 pelajar mulakan persekolahan di Perlis

Azliyana Sulaiman
31 Dec 2020 01:22am
A
A
A

KUALA PERLIS - Seramai 10,192 pelajar Tahun 1, Tingkatan 1 dan Prasekolah memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2018 di seluruh Perlis, semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Izmi Ismail berkata daripada jumlah itu, 3,699 adalah pelajar Tingkatan 1, 3,882 pelajar Tahun 1 dan 2,611 pelajar Prasekolah.

“Sesi persekolahan di 74 buah sekolah rendah dan 30 buah sekolah menengah di seluruh negeri hari ini berjalan lancar,” kata Izmi kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Perlis dekat sini, semalam.

Beliau berharap semua pihak khusus ibu bapa dan waris pelajar bersama-sama memainkan peranan membantu meningkatkan kehadiran anak-anak mereka ke sekolah bagi mencapai sekurang-kurangnya tahap nasional iaitu 95 peratus.

Katanya bagi tahun 1017, kehadiran pelajar ke sekolah di Perlis cuma 90 peratus.-Bernama

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok