6, 034 orang guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) ditempatkan di sekolah seluruh negara sejak 15 April lalu.
6, 034 orang guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) ditempatkan di sekolah seluruh negara sejak 15 April lalu.

Lebih 6,000 guru baharu di seluruh negara

AZLEENDA SAHALUDIN
17 Apr 2024 12:17pm
A
A
A

Seramai 6, 034 orang guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) ditempatkan di sekolah seluruh negara sejak 15 April lalu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 1,858 calon dari keseluruhan jumlah itu ditempatkan di sekolah menengah, manakala 4,176 lagi di sekolah rendah.

“Penempatan guru baharu COS dibuat berdasarkan kepada tiga prinsip asas iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan serta keperluan opsyen atau mata pelajaran semasa di sekolah,” maklumnya pada Rabu.

KPM juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di atas lantikan guru baharu COS bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah-sekolah seluruh negara.

KPM dan SPP akan terus bekerjasama erat bagi memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok