Mayat pelajar Tingkatan Empat SMK Labuan dijumpai di jeti perikananan lama
Mayat pelajar Tingkatan Empat SMK Labuan dijumpai di jeti perikananan lama

Mayat pelajar Tingkatan Empat SMK Labuan dijumpai di jeti perikananan lama

Azliyana Sulaiman
31 Dec 2020 01:27am
A
A
A

LABUAN - Remaja berusia 16 tahun, yang dikhuatiri lemas ketika memancing bersama-sama rakannya berhampiran jeti perikanan lama di sini pada Ahad pagi, dijumpai pada 10.15 pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata mayat Mohd Hilmi Hamizan Ahmad, pelajar Tingkatan Empat SMK Labuan, dijumpai terbenam di dasar sungai yang berlumpur.

"Mayat dijumpai kira-kira 20 meter dari lokasi di mana dia dipercayai lemas, dan dihantar ke hospital untuk dibedah siasat,” katanya kepada Bernama.

Zainal berkata lebih 20 anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat itu. - Bernama

TIP MENARIK:

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Guru ini kongsi 10 panduan skor A subjek bahasa Melayu UPSR

Doa dan pesanan Ustaz Hasrul untuk calon-calon UPSR - Mudah untuk dihafal

Enam perkara ubah PSS jadi ceria - Cikgu wajib tahu ini

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

Gagal kuasai subjek Matematik...rupa-rupanya ini faktor sebenar pelajar lemah dan corot subjek itu

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok