Mek Yun pernah menerima Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik semasa Istiadat Konvokesyen ke-21 UTHM. Foto: Facebook Mekyun
Mek Yun pernah menerima Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik semasa Istiadat Konvokesyen ke-21 UTHM. Foto: Facebook Mekyun

Mek Yun beri nasihat inspirasi untuk pelajar Tahun Akhir! 'Percaya pada diri & jangan pernah berhenti belajar'

02 Feb 2026 08:30pm

Menghasilkan projek akhir tahun di universiti bukanlah kerja mudah. Ia menuntut tenaga, idea kreatif dan kesabaran yang tinggi.

Sekiranya tidak mampu menghadapi cabaran, pelajar boleh menjadi tertekan atau hampir berputus asa.

Baru-baru ini, pempengaruh dan graduan cemerlang, Mek Yun berkongsi nasihat berharga untuk semua pelajar Tahun Akhir di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan pelajar lain.

"Jangan pernah rasa projek anda kecil, biasa atau tak cukup hebat. Setiap idea yang dihasilkan itu adalah langkah pertama untuk masa depan anda sendiri.

"Mek Yun dulu pun bermula macam adik-adik semua. Jadi percaya pada diri. Consistent. Jangan berhenti belajar," katanya di Facebook pada Ahad.

Foto: Facebook Mekyun
Foto: Facebook Mekyun

Mek Yun atau nama penuhnya Wee Yun Nee, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, UTHM.

Beliau pernah menerima Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik semasa Istiadat Konvokesyen ke-21 UTHM.

Artikel Berkaitan:

Kini, Mek Yun dilantik sebagai Panel Penilai Projek Akhir Tahun Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Tahniah Mek Yun. Semoga terus cemerlang, memberi inspirasi kepada lebih ramai pelajar dan berjaya dalam setiap langkah kerjaya yang diceburi.

 

 

Ringkasan AI

  • Menghasilkan projek akhir tahun di universiti menuntut tenaga, idea kreatif dan kesabaran tinggi
  • Pelajar boleh menjadi tertekan jika tidak mampu menghadapi cabaran projek akhir tahun
  • Mek Yun berkongsi nasihat untuk pelajar Tahun Akhir Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan pelajar lain supaya percaya pada diri mereka
  • Mek Yun adalah graduan cemerlang yang pernah menerima Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik
  • Kini Mek Yun dilantik sebagai Panel Penilai Projek Akhir Tahun Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp