Muhammad Zahwa ditemui maut dalam keadaan memeluk senaskah al-Quran.
Muhammad Zahwa ditemui maut dalam keadaan memeluk senaskah al-Quran.

Pelajar tahfiz maut ditemui dalam keadaan memeluk al-Quran

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANIMUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
10 Jan 2025 09:41am

Seorang pelajar tahfiz, maut dalam kejadian kebakaran di Asrama Putra Pondok Pesantren DDI Mambaul Ulum Addariah Kabupaten Pinrang, Sulawesi Selatan pada Rabu.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Zahwa,14, ditemui maut dalam keadaan memeluk senaskah al-Quran.

"Ketika kejadian sekitar waktu Zuhur, kebanyakan pelajar berada di masjid. Ketika itulah kejadian kebakaran terjadi di salah sebuah bangunan asrama lelaki.

"Mangsa dipercayai cuba memasuki asrama berkenaan bagi menyelamatkan barang peribadinya, bagaimanapun Allahyarham terperangkap kerana api marak," kata juruteknik Patobong Aris kepada wartawan pada Rabu.

No Image Caption

Jelasnya, selepas bomba berjaya memadam kebakaran mayat Allahyarham ditemui rentung dalam keadaan memeluk al-Quran.

"Mayatnya ditemui dalam keadaan memeluk kitab suci itu," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Pinrang, Iptu Andi Reza Pahlawan menjelaskan, kebakaran berpunca daripada litar pintas.

"Api berjaya dipadamkan sekitar jam 3.30 petang waktu tempatan," katanya. - Agensi

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp