Untitled (3)
Untitled (3)

Pelajar UMK terima bantuan komputer riba

Nor Azma  Muhamat Laila
22 Sep 2021 03:41pm
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai lapan pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang terdiri daripada golongan asnaf menerima komputer riba hasil sumbangan syarikat Celcom Axiata Berhad, bertempat di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, baru-baru ini.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Perhubungan Kerajaan Celcom Axiata Berhad, Fadzly Kamaruzaman.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Prof Dr Razli Che Razak serta Ketua Tanggungjawab Korporat dan Perhubungan Kerajaan Celcom Axiata Berhad, Areehan Abdullah.

Program ini adalah inisiatif Celcom Axiata Berhad dengan kerjasama Seksyen Tatatertib dan Kebajikan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UMK.

Menurut Prof Razli, sumbangan berupa lapan buah komputer riba oleh Celcom Axiata Berhad ini adalah sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) khususnya dalam memberi bantuan kepada golongan atau mereka yang memerlukan.

“Dengan insiatif ini diharap dapat meringankan beban pelajar UMK yang berasal daripada keluarga B40 dan golongan asnaf dalam berdepan kesukaran terutamanya ketika mengikuti proses pembelajaran secara dalam talian.

“Selain itu, kerjasama ini juga menunjukkan keperihatinan UMK dan Celcom Axiata Berhad sekali gus memperkukuhkan kerjasama dan hubungan erat antara kedua-dua pihak bersama masyarakat,” kata beliau.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok