Pelajar perempuan itu ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di koridor tingkat 12 apartmen.
Pelajar perempuan itu ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di koridor tingkat 12 apartmen.

Pelajar universiti maut tergelincir dari tingkat 33

27 Dec 2024 10:44am

Selepas pemergian dua pelajar Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akibat kemalangan di Kilometer (KM) 187.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah Utara pada Khamis, negara dikejutkan lagi dengan kematian seorang penuntut perempuan dari universiti tempatan Rabu lalu.

Difahamkan, mangsa yang baru berusia 19 tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 33 sebuah apartmen di Kajang, Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, mangsa yang merupakan warga asing ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di koridor tingkat 12 apartmen itu.

Berdasarkan siasatan, beliau berkata, pelajar tersebut dipercayai tergelincir ketika memanjat keluar dari tingkap kerana pintu tandas rosak.

"Kita terima maklumat daripada orang awam jam 6.34 petang mengenai kejadian ini.

"Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Naazron berkata, laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang mendapati punca kematian disebabkan pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai peristiwa itu diminta menghubungi Ketua Polis Balai Bandar Baru Bangi, Asisten Komisioner Mohd Nasri Tesnoh di talian 017-7102042 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp