uum2
uum2

Pelajar UUM bawa pulang harum manis sempena Aidilfitri

Nor Azma  Muhamat Laila
29 Apr 2022 09:00am
A
A
A

SINTOK – Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang akan pulang untuk cuti menyambut Hari Raya Aidilfitri minggu depan membawa pulang harum manis kepada ibu bapa dan keluarga di kampung.

Pelajar semester empat, Sarjana Muda Pemasaran, Azad Mohd Razin, 21, berkata, mangga harum manis atau mempelam dari utara tanah air ini sentiasa menjadi kegilaan sesiapa saja biarpun harganya meningkat saban tahun.

“Saya akan pulang beraya di Johor dengan menaiki bas telah diminta oleh keluarga untuk membawa pulang harum manis memandangkan buah berkenaan memang popular di sini,” katanya ketika ditemui di kolej kediaman UUM, baru-baru ini.

Sementara itu, rakanya Muhammad Amirul Haziq Rosman, 21, yang akan pulang ke Kuala Krai, Kelantan juga telah menempah manga harum manis sebanyak tiga kilo untuk keluarga di kampung.

Dalam pada itu, tinjauan sekitar Inapan Siswa (Inasis) MAS/TNB universiti ini kelihatan ramai pelajar mula mengemas barang masing-masing dan ada yang sudah pulang dengan kenderaan sendiri serta menggunakan kenderaan awam antaranya bas, keretapi dan kapal terbang.

Muhd Aiman Zikry Mohd Zaidie yang ditemui berkata, sambutan syawal tahun ini amat ditunggu setelah dua tahun terpaksa beraya di kampus.

“Lemang, rendang kerbau, ketupat lemak dan semperit air tangan ibu menjadi juadah yang ditunggu-tunggu apabila menyambut 1 Syawal nanti,” ujarnya.

Pengetua Inasis MAS/TNB, Dr Rohani Abdullah ketika ditemui berkata, pelajarnya mula pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri setelah dua tahun tidak dapat berbuat demikian kerana pandemik Covid-19.

“Pastinya sambutan raya kali ini lebih bermakna bagi pengguna kenderaan terutamanya apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan memperuntukkan dana untuk tol percuma dan diskaun selaras fasa peralihan ke endemik sejak 1 April lalu dan sempena sambutan Aidilfitri yang dijangka pada 3 Mei depan.

"Oleh itu, saya menasihatkan semua pengguna lebuh raya berhati-hati dalam pemanduan mereka khususnya pelajar UUM yang akan pulang untuk beraya bersama ahli keluarga," kongsinya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok