261534258_272928754873415_6627822237802872479_n
261534258_272928754873415_6627822237802872479_n

Pelan baharu tentukan hala tuju UPM pada masa hadapan

Adlan Farhan Azwan
04 Dec 2021 01:34pm
A
A
A

SERDANG - Pelan Strategik UPM 2014-2020 memfokuskan lapan bidang strategik dan mempunyai lima matlamat penting untuk Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa.

Antara perkara yang terdapat dalam pelan itu adalah untuk melahirkan watak graduan berdaya tahan mendepani cabaran mendatang, mewujudkan hab penyelidikan dan inovasi yang menjanakan nilai berteraskan ekosistem lestari, melestarikan ekosistem jaringan industri dan masyarakat.

Dalam usaha meneruskan pelan ini, Pelan Strategik 2021-2025 telah pun diperkenalkan oleh Naib Canselor UPM, Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman.

Menurut beliau, ia merupakan iltizam perencanaan masa depan melalui pelan baharu yang akan mengukuhkan peranan universiti sebagai sebuah menara ilmu.

Sumber : FB Kementerian Pendidikan Tinggi

“Pelan ini juga menzahirkan usaha berterusan UPM untuk terus mampan dan berdaya saing dalam menawarkan perkhidmatan pengajian tinggi yang berkualiti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Pelan strategik ini juga bagi meningkatkan sumbangan, peranan dan kecemerlangan dalam aspek akademik, penyelidikan, keunggulan pelajar, kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara serta kemampanan governan dan tadbir urus,” kata beliau.

BACA JUGA: UPM, PMNP jalin kerjasama penyelidikan warisan sejarah

BACA JUGA: MoHE X Shopee: Siswa Mall hasil kolaboratif KPTM dan Shopee

Ucapan yang tersebut dibuat ketika Majlis Pelancaran Pelan Strategik UPM 2021-2025 di UPM Serdang.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad.

Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi

Dalam pada itu, Dr Ahmad Masrizal berkata, pelan tersebut harus difahami oleh kesemua warga UPM bagi memastikan setiap sasaran dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

“Malah ia juga sebagai dokumen yang dapat menentukan hala tuju kecemerlangan universiti untuk sekurang-kurangnya lima tahun mendatang,” katanya.

Di dalam majlis tersebut, turut diadakan penyerahan Centre Page Tribun Putra 105 (Edisi Khas) dan Simbolik Penyerahan Mock Matlamat Pelan Strategik UPM 2021-2025 serta acara memotong pulut kuning sempena 50 tahun UPM Jubli Emas.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok