umtmpp2
umtmpp2

Pemilihan MPP UMT dibuat secara dalam talian, elak jangkitan Covid-19

Nor Azma  Muhamat Laila
24 Feb 2022 10:21am
A
A
A

KUALA NERUS – Proses pengundian pilihan raya kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjalan lancar walaupun suasana pemilihan sedikit berlainan akibat ancaman varian baharu Omicron.

Kira-kira 55.52 peratus pelajar bersamaan 5,205 orang daripada keseluruhan 9,375 mahasiswa, membuang undi secara dalam talian sepenuhnya melalui portal MyUndi di MyNemo UMT bagi memilih barisan kepimpinan baharu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)Sesi 2021/2022.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP 2021/2022, Profesor Madya Dr Hafiz Zakariya berkata, sesi pembuangan undi bermula pada pukul 9 pagi hingga 4 petang melibatkan 33 orang calon dengan pecahan 15 calon bertanding peringkat Umum dan 18 calon bertanding di peringkat Fakulti.

Profesor Madya Dr Hafiz Zakariya.

“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada barisan kepimpinan baharu yang berjaya menambat hati pengundi.

“Saya berharap barisan kepimpinan baharu ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan melakukan pembaharuan yang menguntungkan warga pelajar,” katanya yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT.

Antara calon yang membarisi kepimpinan baharu ini ialah Nur Shazleen Esham (Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial), Umar Mohd Yusof (Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial) dan Nurin Faqihah Mahadi (Fakulti Pengajian Maritim).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok