![Calon dinasihatkan menghubungi talian bilik gerakan LP dan JPN bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai penjadualan semula SPM 2022. Kredit foto: Bernama](https://www.sinarharian.com.my/sinarbestari/uploads/images/2023/03/10/2122166.png)
Penjadualan semula SPM 2022 bakal dilaksanakan 16 hingga 22 Mac ini
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan media pada Khamis memaklumkan penjadualan semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 akan dilaksanakan pada 16 hingga 22 Mac ini.
Penjadualan semula peperiksaan tersebut melibatkan calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan kerana terkesan dengan bencana banjir dan calon yang disahkan positif Covid-19.
“Penjadualan semula bagi calon yang terlibat akan diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
“Maklumat berkaitan tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan yang perlu diduduki akan dimaklumkan oleh JPN kepada calon serta sekolah yang terlibat.
“Calon dinasihatkan untuk menghubungi talian bilik gerakan Lembaga Peperiksaan (LP) dan JPN di seluruh negara bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai penjadualan semula peperiksaan SPM 2022,” ujar kenyataan itu.
Pada 6 Mac lalu, Sinar Bestari berkongsi laporan mengenai kesukaran 533 calon SPM 2022 menduduki peperiksaan tersebut.
Mereka tidak dapat mengambil SPM 2022 kerana berhadapan bencana banjir di Johor, Pahang dan Sarawak.
Jumlah calon peperiksaan yang terjejas banjir merangkumi beberapa pecahan iaitu 450 pelajar di Johor, 79 di Pahang dan empat di Sarawak sekali gus menjadikan jumlahnya seramai 533 calon.
KPM akan terus memantau situasi banjir dan persediaan dari segi logistik, kesiapsiagaan pusat peperiksaan dan pelantikan petugas peperiksaan bagi memastikan penjadualan semula peperiksaan SPM 2022 dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.
INFO
Bilik gerakan LP dan JPN
1) Negeri: Wilayah Persekutuan Putrajaya
Bilik gerakan: LP
Nombor telefon: 03-8889 3520 / 03-8889 3601/ 03-8889 3551
2) Negeri: Wilayah Persekutuan Putrajaya
Bilik gerakan: Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP) Putrajaya
Nombor telefon: 014-337 9793
3) Negeri: Wilayah Persekutuan Labuan
Bilik gerakan: SPP Labuan
Nombor telefon: 087-46 8623
4) Negeri: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Bilik gerakan: SPP Kuala Lumpur
Nombor telefon: 03-6204 6180
5) Negeri: Perak
Bilik gerakan: SPP Perak
Nombor telefon: 05-501 5170 / 05-501 5176 / 05-501 5172
6) Negeri: Selangor
Bilik gerakan: SPP Selangor
Nombor telefon: 03-551 86120
7) Negeri: Pahang
Bilik gerakan: SPP Pahang
Nombor telefon: 09-571 5736
8) Negeri: Kelantan
Bilik gerakan: SPP Kelantan
Nombor telefon: 09-744 1411
9) Negeri: Johor
Bilik gerakan: SPP Johor
Nombor telefon: 07-231 0051/07-231 0050/07-231 0049
10) Negeri: Kedah
Bilik gerakan: SPP Kedah
Nombor telefon: 04-740 4237/04-740 4335/04-740 4247
11) Negeri: Melaka
Bilik gerakan: SPP Melaka
Nombor telefon: 06-2326467
12) Negeri: Negeri Sembilan
Bilik gerakan: SPP Negeri Sembilan
Nombor telefon: 06-765 3347
13) Negeri: Pulau Pinang
Bilik gerakan: SPP Pulau Pinang
Nombor telefon: 04-263 1472
14) Negeri: Perlis
Bilik gerakan: SPP Perlis
Nombor telefon: 04-973 7632
15) Negeri: Sabah
Bilik gerakan: SPP Sabah
Nombor telefon: 010-955 6458
16) Negeri: Sarawak
Bilik gerakan: SPP Sarawak
Nombor telefon: 082-473 507/082-473 519/082-473 520
17) Negeri: Terengganu
Bilik gerakan: SPP Terengganu
Nombor telefon: 09-621 3038