Untitled design (1)
Untitled design (1)

Penjenamaan semula: Sinar Bestari ganti GPSBestari

Roshlawaty Md Raieh
10 Feb 2022 02:18pm
A
A
A

Seiring dengan arus peredaran semasa, unit pendidikan di bawah Sinar Harian yang dahulunya dikenali dengan nama GPSBestari kini dijenamakan semula dengan nama baharu iaitu Sinar Bestari.

Perubahan yang dilakukan ini bertujuan mengembangkan dan memperkemaskinikan lagi unit pendidikan Sinar Harian.

Menurut Editor Eksekutif Sinar Bestari, Meen Tahrin, Sinar Bestari kini menggunakan tagline Gerbang Aspirasi Generasi Mahir iaitu fokus kepada akademik dan kemahiran pelajar.

“Isi kandungan Sinar Bestari menyediakan segala maklumat berkaitan pendidikan merangkumi pelbagai peringkat masyarakat.

“Dengan penjenamaan baharu ini, diharapkan Sinar Bestari akan menjadi pusat rujukan utama bukan sahaja bagi pelajar tetapi juga ibu bapa dan semua pihak dalam sama-sama membantu ekosistem pendidikan di negara kita,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Sinar Bestari terbahagi kepada dua edisi iaitu edisi cetak dan digital.

Edisi cetak yang dikenali sebagai Sisipan Sinar Bestari, dimuatkan dalam akhbar Sinar Harian pada setiap Isnin sebanyak lapan muka surat.

“Isi kandungan sisipan ini melibatkan guru, pelajar, sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan penglibatan ibu bapa serta pihak swasta sebagai pelengkap sebuah komuniti pendidikan dan tetap mengutamakan aspek kemenjadian murid dan pengasahan skil,” kata Meen.

Bagi edisi digital pula, pengguna boleh melayari portal sinarbestari.sinarharian.com.my yang menyajikan bahan berita terkini berkaitan dunia pendidikan seperti rencana, tip, teknik belajar, kerjaya, kemahiran, kisah kehidupan guru, pelajar dan penuntut IPT serta sebagainya.

Turut dimuatkan juga, pelbagai program dan video menarik merangkumi Kelas Bestari, Bual Bestari, Skil Bestari dan Kelas DIY untuk tontotan semua di laman YouTube Sinar Bestari.

Tidak ketinggalan, Sinar Bestari juga mempunyai platform media sosial lain seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok. Justeru, jangan lupa like dan follow Sinar Bestari.

Untuk maklumat lanjut, layari sinarbestari.sinarharian.com.my

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok