Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dipinda, berikut tarikh baharu yang ditetapkan MPM
Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dipinda, berikut tarikh baharu yang ditetapkan MPM

Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dipinda, berikut tarikh baharu yang ditetapkan MPM

webadmin
11 May 2022 05:38pm
A
A
A

Peperiksaan Semester 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 dan Ulangan Semester 2 STPM 2021 telah dipinda ke tarikh baharu.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan tarikh baharu peperiksaan Semester 3 STPM 2021 adalah pada 25 dan 26 Mei serta 13 hingga 15 Jun, manakala peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 pada 16, 20, 21 dan 22 Jun.

Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 sebelum ini dijadualkan pada 18, 19, 24 dan 26 Mei, manakala peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 pula pada tarikh 13, 14, 15 dan 16 Jun.

Kalendar Peperiksaan STPM Kohort 2021, Jadual Waktu Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dan Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 yang telah dikemas kini pada 9 Mei lepas boleh dimuat turun melalui portal MPM di www.mpm.edu.my.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, MPM melalui e-mel stpm@mpm.edu.my atau melalui telefon di talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665.

Baca juga 

17 penyelidik gembleng tenaga kenal pasti simptom awal keciciran murid

Kelainan sekolah di Jepun yang mungkin ramai tidak tahu. Ini faktanya!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok