Pensyarah dan peserta UPTM FESSHTIVAL berkongsi kegembiraan sejurus berakhirnya program itu baru-baru ini.
Pensyarah dan peserta UPTM FESSHTIVAL berkongsi kegembiraan sejurus berakhirnya program itu baru-baru ini.

Peserta pelbagai usia ikuti aktiviti menarik dalam UPTM FESSHTIVAL

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
03 Dec 2024 08:05am

Seramai 58 pensyarah terlibat dalam program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur pada Isnin.

Program anjuran Fakulti Pendidikan, Sains Sosial dan Kemanusiaan (FESSH), Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) yang dikenali UPTM FESSHTIVAL, disertai oleh peserta pelbagai peringkat umur iaitu pra sekolah, sekolah rendah dan menengah.

Ia bertujuan menyokong kesejahteraan emosi dan sosial serta perkembangan kognitif kanak-kanak; memupuk motivasi dan membantu membina keyakinan diri, minat serta kemahiran yang berkaitan.

No Image Caption

Selain itu, objektif UPTM FESSHTIVAL juga untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang UPTM, meningkatkan kesedaran melanjutkan pelajaran dan memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama, disiplin serta tanggungjawab dalam kalangan pensyarah.

Sepanjang program USR itu berlangsung, pelbagai pengisian menarik disediakan kepada para peserta di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.

Misalnya, pihak FESSH telah menyediakan satu studio mini yang boleh digunakan oleh pihak sekolah dan pelajar bagi pelaksanaan proses pembelajaran.

Di samping itu, aktiviti-aktiviti lain seperti penambahbaikan fasiliti dan sumbangan dalam bentuk sokongan serta aktiviti berbentuk ilmiah turut di rancang sepanjang UPTM FESSHTIVAL berlangsung.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp